14 December, 2005

Pengalaman Bersama 4D

Salam semua....

Setelah 2 tahun 7 bulan aku mengenali permainan 4D. Magnum, Toto dan Kuda sudah menjadi sebahagian dari rutin hidupku...

Kemana2 sahaja asyik teringatkan 4D. Tengok kereta melintas.. tergambar dan terakam dalam minda. Pantang mimpi... bangkit tido terus cari pen. Anak sebuat angka saja dah tersemat dlm hati........ nombor ini aku nak main...............

12 x draw dalam sebulan, kalau tak kena boleh parah.... silap2 selipar jepun pun boleh digadai.... manakan kita sepoket sekali main... susut duit dlm bank... selagi kepala berputar.... ada saja ilham mendatang...

Bilalah ko nak insaf wahai "nice". Nak jadi apa dengan ko ni.... 4D ni judi... tahukah ko apa hukum berjudi !!!~~!!!~~~!!!~~~~!!!!!!

Persetankan itu semua... ini "nice" selagi hajatku belum selesai... aku akan teruskan .... insyallah suatu masa dan dengan izin Allah aku akan dpt apa yg aku hajati. Disaat itu akan aku selesaikan satu persatu....... dan aku percaya bila sampai waktu itu.... aku bukan lagi dipanggil kaki nombor/ekor.

Semangat tak penah luntur.... kalah itu biasa.... seumpama parti pembangkang yg sentiasa kalah kepada parti pemerintah..... itulah diriku.... sentiasa kalah kepada tokeh Magnum... kalau tidak pun kepada tokeh toto dan kuda...

Teori ku mudah sahaja... nak tarik no bukan menjadi malah.... kerana bilangannya hanya lah 0 sehingga 9. Yg menjadi permasalahan aku ialah jika untuk aku meneka dengan tepat kedudukan dan "pintu" mana yg hendk diambil.

Kalaulah tekaanku seumpama panahan Robbin Rod.... sudah kayalah hidup aku ni. Tapi bukan kekayaan yg aku cari... tp aku inginkan sesuatu yg dpt menyelesaikan masalah dalam hidup kelurga ku...

Aku akan berusaha untuk menawan magnum / toto ataupun kuda......... moga2 ada kawan2 yg sudi memberi tunjuk ajar........


rgds
nice
lunas
kedah

1 Comments:

At 12:48 PM, Anonymous Anonymous said...

dah ku tinggalkan !!

 

Post a Comment

<< Home

hit counter
Orang Tengah Lepak Kat Sini