01 January, 2006


Selamat Tahun Baru

Lama sudah ku tak merapu dan merepek... dan seperti itu bermakna lama dan byk hari la aku tak serabutkan diriku dengan dunia 4D. Bukan bermakna aku telah berjaya meninggalkannya buat selama2nya... tapi kerana aku terlalu beezieee dgn sumber rezekiku yg paling utama...

Alhamdulillah... aku telah berjaya mengharungi tahun 2005 dengan sedikit sinar... bukan pasal no la bro.. tapi pasal kerja.... bab no ni mcm biasa la "malap" dan "suram".. nasibku sama sahaja seperti tahun2 yg lalu...

Tahun 2006 telah muncul ... kat TV tadi tengok Tok Najib senyum je... ada apa2 ke datuk... rega minyak naik lagi la tue... nak cover duit bunga api... sorry tok melawak je.. aku ni bukan ahli politik.. biasa la hamba marhaen... kerja kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang... tapi tok cuba2 la cakap kat Tok Lah... jgn la naik banyak sangat.. kalau tak pun tak yah naik terus... nanti tak jalan la motor aku tu nak gi kedai nombor..

Kat forum nampaknya moderator dah ambil tindakan yg bagus... kalau betul la...harap2 tak de la org yg nak serabutkan kepala otak aku ni yg dah terlalu serabut.. >>> mail ko gi jual me rebus ko tuh... ishhh sempoi nama mailmerebus tu .. sebijik mcm nama kwn aku yg kat alor star.. nama mail.. jual mee rebus lak tue.. tapi yg best baru je menikah dpt bini baru bebbbb muda lagi anak kawan lak tue... nasib ko la mail.... apa citer nombor ada kena ke....

Melangkah ke tahun baru >>> tahun yg akan berkisar sambil nasib yg akan menentukan apa yg akan terjadi... tapi kita sebagai org islam... jgn berserah pada nasib .. walaupun telah tersurat sejak azali akan qada" dan qadar... kita harus berusaha... sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan melalui usahanya.. perbanyakkan doa.. dekatkan diri padaNYA...

4D.. apa nak jadi .. terus terjadi... judi tetaplah judiiiiiiiiiiiiiii. Apakah aku mampu berhenti.. adakah aku akan terus begini.. adakah aku punya daya tahan atau daya juang... berjuang hingga mencapai matlamat asalku.. atau terus bertahan... kalau hari2 melabur pas2 lebur.. mana leh tahan bebbb...

Esok ahad 1 Januari 2006.... perghhh tahun baru bebb... basic no aku 1627/3849/5061 seperti biasa akan bermain2 lagi... minimun pun 3 btg.. tapi padang mana... stadium perak tadi dah kecoh, pengadil siap kena baling lagi... best la lu bro... memang tepat tangan ko.. siap le kena lagi linesman tue... leh pinjam tak tgn ko wat tulis no kat aku... mana la tau leh naik tepat lak ..... akhir keputusan Perak kalah kepada MPPJ... tapi aku respek kat Perak punya coach... cool je... MPPJ ko memang layak menang... bagus aksi anak Rashid Hssan.. mana tumpah kuah kalau tak ke nasik

Kepada kwn aku yg paling best.. bro kick.. aku nak rasa gak laksa yg wife ko buat... untung tue... leh rasa laksa + spaghetti on the same time.. teringat aku masa kat Oregon.. perghhhh best siootttt pekena spaghetti kat "Old Factory Spaghetty"... nama restoran tu pun dah sempoii.... belum makan lagi.. nanti la kalau ada peluang aku gi US lagi.. aku nak ajar Mat Salleh makan spaghetti ngan kuah laksa....

So kepada bro2 semua... "Selamat Tahun Baru 2006" semoga dunia 4D lebih gemilang ..... welkam new year

"Menghendaki sesuatu hanya kerana tidak ada jalan lain, adalah tindakan seorang hamba; menghendaki sesuatu hanya kerana tiada kesulitan, adalah cara bertindak seperti haiwan; menghadapi sesuatu biarpun ada kesulitan, adalah cara bertindak manusia yang berakal budi; sedangkan menghendaki sesuatu walaupun ada kesulitan didalamnya kerana berpegang teguh pada suatu cita-cita yang luhur, itulah cara bertindak seorang pahlawan."

- Narciso Irala-

Azam baru.... semua nak baru... bini je nak yg lama... kerana dia pemberi ilham sepanjang masa.. moga2 hidup kita kekal bahagia...

Buat isteri tersayang jangan anggap keperitan hidup ini satu beban.. anggaplah ianya satu cabaran!! kerana dengan adanya cabaran maka kita akan menjadi lebih penyayang !!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

hit counter
Orang Tengah Lepak Kat Sini