15 November, 2006

Aku Yang Sengkek




Kekosongan dalam diri amat terasa sekali, tambahan apabila mengenang peristiwa lampau. Syukur ke hadrat ILLAHI.. masih diberi kesempatan buat aku untuk kembali dan mencari sesuatu yag abadi.

Muhasabah diri adalah sunnah Rasulullah SAW. Maka aku perlu menilai diri aku sendiri dan arah tuju aku untuk menjadi insan yang bertakwa dan berusaha utk menjadi hambaNYA yang terpilih !!!

Dalam kekalutan mencari rezeki dan dibayangi perasaan “sengkek”.. aku seolah-olah putus asa untuk terus menadah tangan dan memohon kepadaNYA. Syaitan seringkali menghasut dan mengoda fikiran ini… dipengeruhi diri ini agar mengejar keduniaan dan melambat-lambatkan utk menunaikan solat… dan bermalasan utk berdoa memohon keredhaanNYA.

Rasullah SAW pernah berdoa (Maksud hadis di atas) :-

“Wahai Tuhan, hidupkan aku dalam kemiskinan, matikan aku dalam kemiskinan dan kumpulkan aku dalam syurga bersama-sama orang miskin”.

(Riwayat Ibnu Majah, Al-Hakim dan At Tirmizi)

Penderitaan, ujian dan kesusahan itu janganlah dianggap sebagai beban. Pandanglah ianya sebagai :-


- Penghapusan dosa
- Sebagai kasih sayang Allah SWT dan utk dikurniakan darjat dan pangkat diakhirat kelak


Apakah aku boleh diketegorikan miskin dengan harta dan wang ringgit. Tidak sama sekali… aku punya pekerjaan tetap, pendapatan ku tidak pernah kantoi bila tiba waktunya, aku punya rumah dan kereta…. Dan masih lagi makan secara mewah !!! Habis kenapa aku merasa “sengkek” ??? Jawapannya amat mudah….!! Kerana aku tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki… aku lalai utk mengucapkan Alhamdulillah pabila selesai mengenyangkan perut ku yang kuisi sepadat-padatnya….

Bila kukenang semua itu…ku semakin terasa akan Rahmat, Rahman dan Rahim Ya Allah… seteguk air yang kuminum bermula dengan ungkapan Bismillahirrahmanirrahim menjadikan diri ini seolah-olah dipulihkan dari suatu penyakit… disegarkan fikiran dan dihilangkan kekusutan…

“Makanlah sesuka kamu dan minumlah sesuka kamu asalkan dua perkara tidak kamu langar iaitu .. berlebih-lebihan dan bakhil”

(Riwayat Imam Bukhari dengan sanad muallaq)

Jawapan ku temui… aku sebenarnya tidak “sengkek” andaikata aku bersyukur dengan anugerah ILLAHI… ketunaikan segala kewajipan atas ku dan hak ke atas hambaNYA yang lain….


0 Comments:

Post a Comment

<< Home

hit counter
Orang Tengah Lepak Kat Sini