02 February, 2008

Bebas Tanpa Lepas


Ku bayangkan kebebasan dan kemerdekaan.. yang entah bila dan tidak kusedari akan diri ini terpenjara..

Ku meronta… ingin bebas dan lepas… ingin merasai nikmat yang hakiki !! nikmat yang abadi !!… mencari kehidupan yang sejati….

Ku yang selama ini tersangka akan kebebasan yang kumiliki adalah yang pasti… namun tembok penghadang yang kuhampiri sebenarnya telah menemukan aku dengan berjuta-juta persoalan…

Cintaku pada kehidupan., keindahan, kecantikan dan harta benda… tidak pernah aku manafaatkan untuk aku melepaskan diri aku…. Semakin kuat ke genggam maka semakin terpenjara aku dengan kealpaan yang sebati dengan diri ini….

Kegembiraanku tidak pernah menjadi katakunci buat ku untuk menyelak pintu kebebasan… semakin hari semakin aku menjarakkan diri …

Keperkasaan aku… telah aku tenggelamkan, kubiarkan diri ini selemah-lemahnya… dibuai lena dilubuk kehinaan.

Apa yang kekal pada ku adalah kerakusan menyambut dan membelai kenyataan yang palsu… sehinggakan aku tidak sedar… bahawa aku sebenarnya BEBAS TANPA LEPAS !!!!



2 Comments:

At 4:24 PM, Anonymous Anonymous said...

ya...

dulu..aku mau kau melemparkan aku jauh..

kau tetap menarik aku balik..

aku lari kan diri lagi...

kau tetap mencari dan menarik ku balik

kini..aku takut kau lupa menyentap ku ke pelukan mu..

indah bila di perlakukan begini.

.ketagih akan belaian mu ganas ..tapi panas..

aku..dambakan mu...

 
At 11:12 AM, Anonymous Anonymous said...

setiap insan adalah sama.. dibawah RAHMATNYA kita bersaudara...

tidak akan kulepaskan "ikatan" persaudaraan ini...

anda "tergelincir" antara kita.. tariklah kembali ke landasan yang sebenarnya !!!

 

Post a Comment

<< Home

hit counter
Orang Tengah Lepak Kat Sini