08 February, 2008

Komunikasi Yang Tersilap .........




Engkau yang tak faham atau aku yang salah memberi arahan ?? .. mana mungkin kerana aku sentiasa betul dan tak pernah silap .... dan aku amat-amat yakin bahawa aku adalah yang terbaik apabila memberi arahan !!....

Kalau korang tak faham tanya lerr aku betul-betul, ni main redah jerr... abis bila tak hit target siapa yang susah ??? aku gak lerr yang susah... nak menjawab nak sediakan laporan...

Bangang...!! bodoh.. !! tak boleh harap.... aku dah terangkan kat engkau... bahasa ayam dan itik pun aku dah guna... jadi apalagi ???

Aku dah hangat hati... aku tertekan.. !! Ohhhhhhhhhh mana nescafe aku..... ??? mau rasanya aku makan serbuk nescafe tanpa dibancuh !!... pernah aku hirup serbuk nescafe... stim betul .... !!

Menapak lah kembali aku ke ofis yang sunyi di cuti "raya" ini... ku teliti satu persatu apa yang kuarahkan.... tiada silap dan cacat celanya.... jadi kenapa mereka tak faham ??? Sedangkan mereka tidak bodoh... mereka-mereka semua adalah yang terbaik dan yang cemerlang dalam tugasan yang diberikan....

Ku renung kembali.... telatah anak-anakku mengajar aku sesuatu... dan aku memahami bahawa... aku seringkali silap apabila menafsir apa yang disampaikan oleh anak-anakku... !! dan yang pasti isteriku lah yang sentiasa membantu aku memahami apa yang disampaikan...

Akhirnya aku tahu... aku dan bawahanku... tidak tersilap... bukan komunikasi yang tersilap yang kami hadapi... tetapi silap akan memahami apa yang disampaikan.. kerana aku dan mereka-mereka semua dalam keadaan tertekan !!.......

Selama ini bila aku tertekan... aku sering silap mentafsirkan isihati anak-anak dan isteriku !! dan itulah yang terjadi kepada bawahan ku.......

"Sahabat Yang Gila".... aku juga takut akan tersilap setiap kali kita berkomunikasi.......!! aku suka akan perhubungan ini....

Hidup ku ini ... penuh dengan kesilapan dan kealpaan... sebab itu aku tidak mampu berkomunikasi dengan baik terhadap PENCIPTA ku.........

Nasihat aku buat diri ini.... redakan dahulu tekanan sebelum berkomunikasi................








3 Comments:

At 11:25 PM, Anonymous Anonymous said...

setiap hari kita belajar..
dari pengalaman org lain
dari kesilapan kita sendiri
dari pemerhatian

jadi..setiap yg berlaku pasti ada yg boleh kita pelajari..kesilapan itu adalah guru terbaik dalam memperbetulkan diri :-)

 
At 2:39 AM, Anonymous Anonymous said...

tanpa pemahaman dan pemerhatian atas setiap kesilapan yg pernah dilakukan.. kita juga mungkin menghasilkan keputusan yang negatif.!!

yang penting kita sanggup belajar ....

thanks......

 
At 1:46 PM, Anonymous Anonymous said...

...perlukah aku rasa pedih..sedih bila sekali lagi aku di fitnah...

yang memfitnah aku tak pernah kenal aku...

yang memfitnah mungkin terdesak..kesian biarlah..

yang memfitnah tak tahu kah..setiap perbuatan ada balasan..maka biarlah

yang memfitnah tak tahu kah bahawa setiap fitnahnya akan di lemparkan semula ke wajahnya..

aku pujuk sahabat aku yang mengadu..tak luka aku..tak kurang urat aku di lemparkan dengan fitnah..

aku pasrah..sekali lagi...juga.aku tahu lambat laun akan bocor

dan..fitnah ini akan terlerai dengan sendirinya..

sekali lagi aku akan tahu juga...biarlah..


Puan Seri...

titik titik kehidupan..tak semestinya harmoni selalu

 

Post a Comment

<< Home

hit counter
Orang Tengah Lepak Kat Sini