08 February, 2008

Sahabat Yang Gila !!!



Tidak tersangka aku dalam dunia ku yang penuh kebosanan ini ... masih ada yang yang sudi untuk bersahabat dengan ku...

Aku ini bukanlah yang patuh, yang taat dan yang setia ... dan tidak sama sekali berupaya untuk menjadi pelindung kepada sesiapa yang menjadi sahabat kepada aku...

Masih jua aku berfikir dan cuba memahami... adakah betul "engkau" menjadi sahabat kepada ku... dan tertanya-tanya aku kepada diriku.. apakah yang mampu kujanjikan utk seorang sahabat....

Mampukah aku berjanji kepada diriku untuk terus menjadi seorang sahabat ?? kerana selama ini aku tidak punya sahabat yang dapat kuluahkan segala kebosanan yang memenuhi ruang pemikiran ku...

Ku akui "saudara-suadara" ku masih ramai... tapi mereka tidak mampu menjadi sahabat kepadaku.. kerana antara aku dan mereka masih ada jurang yang tidak dapat ku hapuskan..

Hari ini... sebelumnya dan masa akan datang... aku amat-amat berharap agar sahabat ku ini terus disisiku.. kerana aku tenang dengan celoteh mu... aku gembira dengan tutur mu.. dan kadangkala aku gementar dengan persoalan yang engkau zahirkan...


Sahabatku... adakah engkau seronok dan gembira bila bersamaku...??? Jika engkau merasa seronok dan gembira..... tahulah aku bahawa aku telah dianugerahkan seorang "Sahabat Yang Gila"....

Gembirakanlah hatimu wahai "sahabat yang gila..." sentiasa akan ku perdengarkan alunan merdu buat mu ........

7 Comments:

At 11:11 AM, Anonymous Anonymous said...

hahahah
sapa la yg gila tu haaaa ia

dengar betul2..nanti dia hantar
pesanan

 
At 11:49 AM, Anonymous Anonymous said...

yang gila itu adalah "sahabat" ku.. tidak gila akan dio kalau tidak bersahabat dengan ku...

kerana hati ku tahu.. dan percaya kami adalah sahabat yang sebenarnya waras !!!

 
At 4:25 PM, Anonymous Anonymous said...

aku mungkin sahabat terGILA kau..tapi aku tak kesah..kor nak panggil aku gila ke waraske buat lah..aku tahu tak sakit aku kalau kau panggil aku sayang pun..gila aku namun aku syok dengan kegilaan aku..aku tak pedulik haram jadah sekelumit pun pandangan orang atau mereka..sebab aku tau..kau masih yakin dan suka aku jadi sahabat kau...

kalau ada orang yang ngata aku sewenang wenangnya...suruh lah mereka cebok betul betul..sebab..yang bernanah bukan aku..tak pasal pasal aku memikul pahala mereka yang ciput dan terakhir tu...

tengok..ni..posting sahabat terGILA kau..

harapan aku ..jangan lah kau malu..

Puan Seri..ye ha

 
At 5:54 PM, Anonymous Anonymous said...

kak :-

anda adalah "sahabat" saya... tidak pernah saya ketogari kan kakak sebagai "sahabat yang gila"... dan tidak sama sekali yang terGILA

jadilah sahabat saya.. sebagai penghadang dan saling nasihat menasihati agar tidak terlencong arah...


*** "sahabat yang gila" semakin dekat terasa dirimu dengan ku... dan engkau mengajar aku tanpa sedar mu !!

 
At 7:28 PM, Anonymous Anonymous said...

muaaahaa haaa



puan seri

 
At 3:46 AM, Anonymous Anonymous said...

kak :

"sahabat yang gila" saya tidak muncul ... kerana dia pergi "bergentayangan".. (ehh apa makna tuh ??)

yang pasti.. suara hati saya mengatakan yang "sahabat yang gila" akan muncul jua !! kerana di antara kami tidak mengharapkan apa-apa...

 
At 11:27 PM, Anonymous Anonymous said...

kah kah kah
pn seri ni mesti si tora

 

Post a Comment

<< Home

hit counter
Orang Tengah Lepak Kat Sini