17 February, 2008

Menangis



Hari ini airmata ku mengalir lagi... aku amat teruja dan sedikit gementar..!! Ku anggapkan hari ini amat istimewa bagi ku.. kerana hatiku yang keras bisa dilembutkan sekelip mata !!

Sudah lama aku tidak menangis... bukan aku tidak pernah bersedih sejak kebelakangan ini... bukan aku ego dan keras hati.. tetapi segala yang terjadi disekelilingku.. belum cukup untuk menerbitkan titisan jernih yang berharga..

Kesihatanku yang sedikit terganggu... bukan jua punca aku menangis... walaupun seluruh sendi-sendiku terasa sakit yang amat sanggat... dan suhu badanku yang meningkat..!! aku masih mampu bertahan... ku tolak ke tepi segala ubat-ubatan .. dan itu juga belum mampu membuat aku menangis...

Isteriku dan anak-anakku... biarpun kehidupan kita yang sederhana.. makan pakai mu yang tak seberapa.. kadangkala.. aku sebak jua... tapi itu juga belum mampu membuat aku menangis...

Kerinduanku kepada ayah, bonda dan seluruh ahli keluarga... arwah datuk dan nenek.... belum juga mampu untuk membuat aku menangis di kala ini...

Kerjaku yang bertimbun... keletihan dan kepayahan, tidak dihargai... belum jua membuat aku menangis !!

Tapi aku menangis... tatkala isteriku dan anak-anakku telah beradu lena.. aku pula sendiri menitiskan airmata.. !!

Bukan salah sesiapa... bukan aku salahkan segalanya... tetapi aku merasakan akan sesuatu yang perlu diperjuangan...

Aku sebak, sedih ... dan bangga kerana masih ada insan yang sanggup bermunajat.. memohon kepadaNYA suatu kejayaan yang amat berharga !!! Sedangkan aku disini... masih tertidur lena.....

Biarkan aku menangis.. kerana tangisanku ini adalah doa dan hadiah buat mu wahai "Pejuang"...........


.

3 Comments:

At 9:12 AM, Anonymous Anonymous said...

Sayangku....lupakan hal semalam. aku sedikit tak kecik hati tak cuak. Aku tak hingin berbuat apa apa.. sikit terasa. Aku benci jelak dah muak di ganyang kemelut demi kemelut. Tapi aku masih ingat..kemelut mendewasakan kita. Bukan sekali aku di ganyangi ..yang pasti aku tak akan bertindak apa apa...pasrah sekali lagi..

..Allah maha pembalas...titik.

Puan Seri

 
At 9:47 PM, Anonymous Anonymous said...

Semalam aku mengadu kepada sahabat aku di cubai lagi aku..dengan penuh kasih dengan penuh tertib..dia berkata..bukankah kita insan yang ingin kembali..jangan kira yang buruk..mari kita berbuat lebih banyak kebaikan..yang buruk kita kesampingkan..buat panduan..buat kan batas sempadan..yang baik kita perluaskan..kita jalinkan..

hilang duka ku..di saat itu juga..

..sahabat..hanya allah jua yang tau betapa agungnya kau di hati ku..betapa kubronya kasih ku pada mu..kerana allah kita bertemu juga kerana allah kita mungkin berpisah...aku tetap pasrah...

Puan Seri

 
At 6:54 PM, Anonymous Anonymous said...

sahabat aku mengirim berita..riang hati ku..namun aku terpaksa menunggu beberapa minggu di sebabkan dia kan tercampak jauh ke pendalaman..tanpa sambungan ke media computer...

aku akur...aku sabar..sebab rindu ku bukan ada tepian..kasih aku bukan ada sempadan..masa yang menjarakkan..tak mungkin tersirna..keagungan kasih sayang kami berdua...

Puan Seri

 

Post a Comment

<< Home

hit counter
Orang Tengah Lepak Kat Sini