20 February, 2008

Bila Aku Sakit


Sejarah tahun 2008 telah tercatat..... dan aku gagal untuk mempertahankan diri aku dari mengambil cuti sakit... aku telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah..

Betul kah aku sakit... semalaman aku berfikir... adakah aku demam ? tapi badan ku tidak panas... yang berbeza hanyalah suara ku, urat-urat serta sendiku... teramat lenguh dan sedikit selsema...

Kebiasaannya aku mampu melawan semua itu... semestinya aku akan menghadirkan diri ku ketempat kerja seperti biasa... tapi pagi itu amat berlainan sekali.. aku lemah dan kalah...

Aku kembali mengingati... ingatlah aku akan sihat sebelum sakit... semuanya betul.. dan ketika itu terasa sedikit kepayahan... dan hati ku semakin mengingati MU YA RABBI...

Ketika sihatku...sentiasa ku lengah-lengahkan ibadahku... tapi ketika sakit, ku mengeluh kerana aku hampir tidak mampu melaksanakan tanggungjawabku terhadapMU...

Ketika sakit inilah semakin kuat aku menyeru dan mengalunkan namaMU... semakin aku cuba mendekatiMU dan tak terkira permohonan dan penyesalan aku lafazkan.... tapi kenapa semasa sihatku.... jarang sekali aku memohon RAHMAT MU... adakah aku begitu kuat dan tersangat berkuasa ?

RAHMAT juga buat isteri dan anak-anakku... kerana dikala inilah mereka berpeluang untuk lebih dekat denganku... sememangnya waktu sihatku.. ku sibukkan diriku dan ku jauh diri dari mereka...

Terima kasih wahai isteriku kerana sudi menjaga aku.... !!

Terima kasih wahai anak-anakku... kerana berada disampingku...!!

Terima kasih semua atas ingatan kasih sayang... dan syukur Ya Allah atas kesembuhan yang KAU berikan...


~

17 February, 2008

Menangis



Hari ini airmata ku mengalir lagi... aku amat teruja dan sedikit gementar..!! Ku anggapkan hari ini amat istimewa bagi ku.. kerana hatiku yang keras bisa dilembutkan sekelip mata !!

Sudah lama aku tidak menangis... bukan aku tidak pernah bersedih sejak kebelakangan ini... bukan aku ego dan keras hati.. tetapi segala yang terjadi disekelilingku.. belum cukup untuk menerbitkan titisan jernih yang berharga..

Kesihatanku yang sedikit terganggu... bukan jua punca aku menangis... walaupun seluruh sendi-sendiku terasa sakit yang amat sanggat... dan suhu badanku yang meningkat..!! aku masih mampu bertahan... ku tolak ke tepi segala ubat-ubatan .. dan itu juga belum mampu membuat aku menangis...

Isteriku dan anak-anakku... biarpun kehidupan kita yang sederhana.. makan pakai mu yang tak seberapa.. kadangkala.. aku sebak jua... tapi itu juga belum mampu membuat aku menangis...

Kerinduanku kepada ayah, bonda dan seluruh ahli keluarga... arwah datuk dan nenek.... belum juga mampu untuk membuat aku menangis di kala ini...

Kerjaku yang bertimbun... keletihan dan kepayahan, tidak dihargai... belum jua membuat aku menangis !!

Tapi aku menangis... tatkala isteriku dan anak-anakku telah beradu lena.. aku pula sendiri menitiskan airmata.. !!

Bukan salah sesiapa... bukan aku salahkan segalanya... tetapi aku merasakan akan sesuatu yang perlu diperjuangan...

Aku sebak, sedih ... dan bangga kerana masih ada insan yang sanggup bermunajat.. memohon kepadaNYA suatu kejayaan yang amat berharga !!! Sedangkan aku disini... masih tertidur lena.....

Biarkan aku menangis.. kerana tangisanku ini adalah doa dan hadiah buat mu wahai "Pejuang"...........


.

14 February, 2008

Feb 14 ~ Cabaran Yang Diatasi


Yahooooooooooooo... gembira ku bukan kepalang.. kerana hari ini adalah hari yang amat istimewa.. Feb 14 !!! siapa yang tidak pernah mendengarnya... bukak lah akhbar harian, majalah-majalah ataupun layari lah internet.. maka akan terjumpa lah satu tarikh keramat yang "gila"..

Tapi hari ini adalah hari untuk aku bersyukur !!.... bukan kerana aku menyambut peristiwa yang dirayakan oleh insan-insan durjana... tidak pula aku terkenangkan kekasih atau buah hati yang telah lama terpisah... tetapi hari ini aku meraikan dengan penuh syukur dan keinsafan kerana aku telah berjaya mengatasi cabaran !!

Doa yang dipanjat, usaha, keringat dan hati yang penuh kasih sayang.. berakhirlah 24 jam yang memenatkan... !!! Bangga aku sebagai seorang ISLAM .. kerana aku mampu menutup mulut si KAFIR yang mencabar aku !!

Seharian dan semalaman ... ku berserah dan bertawakkal... dan akhirnya Allah swt merestui aku... tiada apa yang mampu ku lafazkan selain ucapan Alhamdulillah..!!

"Gagal Dan Cabaran" yang aku sahut... di sini aku akhiri dengan penuh pengertian akan nikmat yang telah diberikan. Mintalah dan pohonlah kepadaNYA... nescaya aku tidak akan kecewa !!

Terima kasih buat "Sahabat Yang Gila" kerana mengingatkan aku... Buatlah kerana Allah !!!!!

Maafkan aku wahai isteriku kerana malam mu... tanpa aku disisi..



13 February, 2008

Gagal Dan Cabaran !!!


"Kau" yang gagal... aku pulak yang tercabar !!... dan hari ini kesabaran aku teruji lagi.... bukan kerana kesalahan aku dan bukan juga tanggungjawab aku untuk memastikan yang "engkau" akan berkhidmat dengan baik dan cemerlang...

Aku ini bukan tuan "mu" dan kita tidak pernah ada sebarang ikatan dan perjanjian..!!! kenapa aku yang "engkau" cabar ?? ... carilah tuan "mu" dan cabar lah keupayaannya ... !!

Kalau "engkau" mampu berkata-kata ... mungkin akan ada banyak soal bicara... apatah lagi sumpah seranah..!! dan mungkin juga penumbuk sulungku ini mampu menelan ego "mu".. jangan "kau" lupa ... amarah ku bukan sembarangan !!

Malang sungguh "engkau".... tersisih oleh belaian mesra tuan "mu"... dan tidakkah "engkau" rindu padanya.... rindu pada sentuhan mesra...

Terpaksalah aku membenam nafsu... kerana aku telah diamanahkan untuk menyahut cabaran di atas kegagalan "mu"... kerana amanahlah ... aku "memujukmu" dengan belaian palsu..!!

Di sini aku.... antara kegagalan dan cabaran... semuanya adalah "hukum" Allah... tidak aku yang berkuasa... !!

Ku sahut cabaran di atas kegagalan "mu"... kerana itulah yang akan memadamkan sifat amarahku dan mendidik aku .. mengenal erti kecekalan dan kesabaran...

Amanah majikan ku akan ku pikul... tidak mahu aku tempis kerana kelak nanti si "kafir" akan berpesta dan bersukaria.. seronoknya jika aku tidak berupaya....

Akan ku belai "engkau" dan ku beri "persalinan" sang panglima... kerana aku tidak mahu lagi melihat "engkau" gagal.... sesudah aku sepenuh hati menyahut segala cabaran...

Tiada yang kumiliki dan tiada dayaku melainkan kekuasaan dan kasih sayangNYA.. maka aku yakin akan cabaran ini hanyalah satu "pesanan" untuk aku menyahut akan cabaran yang maha hebat untuk kembali kepada NYA !!!

12 February, 2008

Kegelapan Yang Ku Pisahkan



Mata ku buka... cerah alam sekeliling.... dan tampak segala keindahan yang tidak pernah aku hargai dan aku syukuri akan rahmat pemberianNYA...

Hati ku gelap... dan kerana kegelapan itulah aku telah hanyut dan lemas dalam dakapan sang durjana. Tiada seruan kebaikan dan kegembiraan yang mampu ku dengari... dan teman bicara ku adalah insan-insan yang terkapai-kapai seperti aku...

Dimanakah kamu wahai teman ?.. tariklah... ajarlah aku berenang... kerana aku perlu kembali ke daratan.. aku perlu sujud kepada YANG MAHA ESA....

Keluarkanlah aku dari kegelapan... bilamana kegelapan itu telah menyesatkan aku... memesongkan arah dan melencongkan tujuan hidupku... dan mengkaburkan segala pandanganku untuk melihat "cahaya" MU

Sinarkanlah cahaya Nur MU keadalam hati ku.., pada pendengaranku, penglihatanku.... zahir dan batinku... tidak lupa jua ku pohon pada MU... jadikan semua Nur itu pada pandangan dan fikiran ku..

Kegalapan itu bukan yang ku pinta.... dan tidak pernah aku berusaha kearahnya.. tetapi tersesat aku dalam kegelapan adalah kerana aku tidak pernah berusaha untuk menjauhinya..

Kita terpaksa berpisah wahai "kegelapan" kerana aku perlu kembali ke asalku.....


11 February, 2008

Ku Bermain Dengan Api

Kecil ku buat kawan... besar menjadi lawan... ini lah kesilapan aku... kesilapan yang mana mungkin patut dicipta oleh sang pengecut seperti aku..

Ku bermain dengan api... tanpa kusedari ... kini ianya hampir membaham diriku ini... hampir menghancur luluh kan seluruh jasad dan roh ku... aduh !! malangnya aku... di atas dunia aku sudah tersiksa...

Tidak ku sangka kilauan mu seumpama permata..persis gemerlapan lampu neon yang menghiasi kota... aku terleka.. ku teruskan permainan yang sia-sia... ku langkahi segala batas-batas yang sering memberi amaran buat ku... serasakan batas-batas itu umpama landai yang dihampari permaidani indah....

Api yang kumulakan dulu... tidak terdaya untuk aku padamkan... sama sekali tidak terdaya untuk aku bendung akan kemaraan... aku lupa dan alpa pada segala pesanan !!

Kepanasan kini semakin terasa... hinggakan rinduku pada MU telah aku lupa kerana aku seoalah-olah telah diselimutinya. Mana mungkin aku lari... atau perlukan aku berdiam diri ??... YA ILLAHI... selamatkan diri ku ini...

Sesungguhnya sang api bukan cinta yang aku cari......... selamatkan aku dari permainan ini !!!




Ponteng Yang Tidak Berjaya !!!


Apa yang aku rancangkan tidak berjaya untuk aku laksanakan pada hari ini… aku telah gagal.. habis lerr aku.!! Dah lerr tido tak cukup… duk layan si Sammy dan Si Sahaja mendendangkan petikan gitar antara lagu kegemaranku… ~ “Hotel California”…. cukuplah walau sekadar menggunakan gotar “kotak”….

Seperti biasa aku masih gagal untuk lepak dirumah… rancangan ku untuk “ponteng” tidak berjaya dan akhirnya aku menapak kembali ke opis untuk menatap wajah-wajah boss “kesayangan”ku…

Kenapa aku gagal ??? sedangkan aku dah rancang !!! aku dah sengaja bersengkang mata… dan aku sengaja melayari internet agar minda aku terarah untuk melupakan persoalan tentang kerja… aku penat sangat-sangat !!

Selama ini, aku amat-amat takut untuk ponteng…dan aku akan merasa sangat bersalah jika aku tidak datang bekerja tanpa alasan yang manusabah… kadangkala sakit demam ku serta merta elok bila aku jejakkan kaki di tempat kerja..

Adakah aku takut kepada “boss” atau aku sememangnya “workaholic”… atau aku ini ada masalah mental ??? .. ishhh pening aku….. “problematic” sungguh…

Tapi kenapakah aku seringkali berjaya untuk ponteng dari melaksanakan ibadah yang wajib ke atas ku … dan sama sekali tidak aku merasa takut…hati ku telah dijajah… sungguh mengerikan !!!

Kadangkala keletihan bekerja yang membuatkan aku ponteng untuk ibadah… dan sebenarnya aku hampir dan telah hilang keseimbangan dalam menjalani kehidupan seharian ku sebagai hambaNYA…

Siapakah yang aku takut sebenarnya ?????

10 February, 2008

Alunan ....










Ke kiri, ke kanan, ke hadapan... dan tidak sama sekali kebelakang dalam aku mengatur langkah mencari kedamaian dan kesembuhan...

Suara hati ku .. bukan berbohong dan berteka-teki kepada ku... malah suara hati ku lah yang selama ini mengingatkan aku tentang jalan pulang....

Alunan yang berbisik padaku... bukan sekadar menghiburkan aku... tapi alunan indah itulah yang menyembuhkan aku yang "mati"...

Berdirinya diri aku atas rahmatNYA.. dan atas rahmatNYA jua aku menghitung titik-titik kesembuhan yang ku cari..

Akan aku terus berjuang untuk memahami apa yang aku tidak pasti... semoga bisikan merdu dan alunan lembut dariNYA akan berterusan agar aku "hidup" sebagai insan !!!!!


"Kehidupan Akhirat Lebih Baik Dan Lebih Kekal" !!!!






09 February, 2008

Pintu Yang Cuba Ku Buka.....




Perjalanan yang kutempoh bukan semudah yang kusangka... tidak semudah aku melakarkan sebuah lukisan di atas secebis kertas ataupun kuhamparkan segala khayalan ku merentasi seluruh alam ini...

Langkahku seringkali tersadung dan ada kalanya aku terjatuh tanpa bangkit "berkurun-kurun" lamanya...

Jejakku yang sia-sia telah aku tinggalkan... dan ku catatkan sebuah sejarah baru untuk ku temui MU...

Seperti biasa bilamana kurebahkan badanku... akan mula aku terasa dan mengeluh... aduhhhh penatnya.!!! letih, longlai dan keserabutan menyerap keseluruh sendi dan jiwa ragaku...

Adakah aku mau mengalah..... mana mungkin aku persiakan apa yang telah aku usahakan dan tidak sesekali... aku berhenti dan gagal untuk melihat wajah MU...!!!

Pintu yang ada didepanku... berkali ku cuba untuk membukanya... berkali jua aku gagal !!! tika ini aku amat-amat kecewa...!! hampir-hampir aku meninggalkan MU...

Janji MU adalah pasti ... cuma aku yang masih disini... sedangkan tidak pernah ENGKAU menutup pintu MU untukku... dan sesungguhnya aku fahami jalan untuk kembali telah lama ENGKAU bentangkan...

Di kejauhan ini ENGKAU sebenarnya amat dekat denganku... dan ku fahami .. percayalah dan dengarlah suara hati... kerana suara hati tidak membohongi aku, cuma aku yang berteka-teki dalam memahami suara hati !!

Gelapnya diri ini... pintu yang ada didepanku perlu kubuka... hati ku perlu bercahaya... agar aku memahami "Pintu Yang Cuba Ku Buka"...!!! tiada sebarang halangan buatku andaikata aku memahami amanahNYA !!!





08 February, 2008

Komunikasi Yang Tersilap .........




Engkau yang tak faham atau aku yang salah memberi arahan ?? .. mana mungkin kerana aku sentiasa betul dan tak pernah silap .... dan aku amat-amat yakin bahawa aku adalah yang terbaik apabila memberi arahan !!....

Kalau korang tak faham tanya lerr aku betul-betul, ni main redah jerr... abis bila tak hit target siapa yang susah ??? aku gak lerr yang susah... nak menjawab nak sediakan laporan...

Bangang...!! bodoh.. !! tak boleh harap.... aku dah terangkan kat engkau... bahasa ayam dan itik pun aku dah guna... jadi apalagi ???

Aku dah hangat hati... aku tertekan.. !! Ohhhhhhhhhh mana nescafe aku..... ??? mau rasanya aku makan serbuk nescafe tanpa dibancuh !!... pernah aku hirup serbuk nescafe... stim betul .... !!

Menapak lah kembali aku ke ofis yang sunyi di cuti "raya" ini... ku teliti satu persatu apa yang kuarahkan.... tiada silap dan cacat celanya.... jadi kenapa mereka tak faham ??? Sedangkan mereka tidak bodoh... mereka-mereka semua adalah yang terbaik dan yang cemerlang dalam tugasan yang diberikan....

Ku renung kembali.... telatah anak-anakku mengajar aku sesuatu... dan aku memahami bahawa... aku seringkali silap apabila menafsir apa yang disampaikan oleh anak-anakku... !! dan yang pasti isteriku lah yang sentiasa membantu aku memahami apa yang disampaikan...

Akhirnya aku tahu... aku dan bawahanku... tidak tersilap... bukan komunikasi yang tersilap yang kami hadapi... tetapi silap akan memahami apa yang disampaikan.. kerana aku dan mereka-mereka semua dalam keadaan tertekan !!.......

Selama ini bila aku tertekan... aku sering silap mentafsirkan isihati anak-anak dan isteriku !! dan itulah yang terjadi kepada bawahan ku.......

"Sahabat Yang Gila".... aku juga takut akan tersilap setiap kali kita berkomunikasi.......!! aku suka akan perhubungan ini....

Hidup ku ini ... penuh dengan kesilapan dan kealpaan... sebab itu aku tidak mampu berkomunikasi dengan baik terhadap PENCIPTA ku.........

Nasihat aku buat diri ini.... redakan dahulu tekanan sebelum berkomunikasi................








Sahabat Yang Gila !!!



Tidak tersangka aku dalam dunia ku yang penuh kebosanan ini ... masih ada yang yang sudi untuk bersahabat dengan ku...

Aku ini bukanlah yang patuh, yang taat dan yang setia ... dan tidak sama sekali berupaya untuk menjadi pelindung kepada sesiapa yang menjadi sahabat kepada aku...

Masih jua aku berfikir dan cuba memahami... adakah betul "engkau" menjadi sahabat kepada ku... dan tertanya-tanya aku kepada diriku.. apakah yang mampu kujanjikan utk seorang sahabat....

Mampukah aku berjanji kepada diriku untuk terus menjadi seorang sahabat ?? kerana selama ini aku tidak punya sahabat yang dapat kuluahkan segala kebosanan yang memenuhi ruang pemikiran ku...

Ku akui "saudara-suadara" ku masih ramai... tapi mereka tidak mampu menjadi sahabat kepadaku.. kerana antara aku dan mereka masih ada jurang yang tidak dapat ku hapuskan..

Hari ini... sebelumnya dan masa akan datang... aku amat-amat berharap agar sahabat ku ini terus disisiku.. kerana aku tenang dengan celoteh mu... aku gembira dengan tutur mu.. dan kadangkala aku gementar dengan persoalan yang engkau zahirkan...


Sahabatku... adakah engkau seronok dan gembira bila bersamaku...??? Jika engkau merasa seronok dan gembira..... tahulah aku bahawa aku telah dianugerahkan seorang "Sahabat Yang Gila"....

Gembirakanlah hatimu wahai "sahabat yang gila..." sentiasa akan ku perdengarkan alunan merdu buat mu ........

07 February, 2008

Nakhoda Al-Hafiz

Hebatnya kemahiran yang dimiliki oleh datuk dan ayah kepada moyangku.... hebat sungguh mereka-mereka itu..... kerana mereka adalah nakhoda-nakhoda besar yang setia kepada Raja dan Negara....!!

Mereka gagah dan berani... tidak sama sekali seperti aku... seumpama jauh langit dengan bumi !! ... jauh sejauh jauhnya.....

Aku pengecut !!... jahil !!... pemalas !! dan segala-gala yang buruk ada pada aku.... setiap jejak yang kutinggalkan pasti memahatkan gelaran agung atas kehebatan sifat tercela ku....

Aku ingin kembali meneruskan apa yang ditinggalkan.. dan yang diamanahkan buat aku !!.. ingin jua aku kembali menjejak laluan-laluan "emas" yang penuh kilauan cahaya...

Semakin ku dongak kepala ku... alam ini membuat aku gelisah... kerana mana mungkin tangan yang kotor ini mengenggam amanah yang ditinggalkan..

Doa ku ... kepada yang RABBI... tunjukkan kepada ku.. jalan pulang.... tidak sanggup ku melihat bahtera ku tenggelam... tidak sanggup kuhadapi andainya yang karam adalah insan-insan yang ku sayangi...

Nakhoda Al-Hafiz..... ingin kembali..... !!! InsyaAllah.... lautan yang bergelora tidak akan bisa menghalang bahtera agung ku ini...........!!!!!

06 February, 2008

Aku Dah Bosan.....


Kebosanan seringkali menjengah ruang-ruang waktu kehidupanku... dan tidak pernah sama sekali aku membuka pintu dan mempersilakan ia masuk serta mengganggu aku..

Semakin hari semakin aku bosan dengan nilai kehidupan, urusan kerja, kenaikan harga barang dan pemerintah yang tidak pernah ingat akan apa yang telah aku sumbangkan !!

Kebosanan aku kadangkala amat melampau... bila aku mengingat akan kisah silam aku... pun jua bila aku melihat tingkah laku "saudara-saudara" aku... disudut hati-hati mereka ... aku semakin tersisih dan terpinggir ... gilakah sudah mereka-mereka itu ??? atau aku yang tidak setaraf pabila "kasta" kita berlainan tingkatnya.. kerana aku adalah yang terbawah serta tercorot


Syukurku atas anugerah ILLAHI... kebosananku "ghaib" pabila isteri dan anak-anakku.. mendendangkan sebuah kehidupan bertunjangkan kasih dan sayang.... !! Tidak lupa jua buat "sahabat" yang sanggup "gila"pabila berbicara dengan ku..... terima kasih !!!!!!

02 February, 2008

Bebas Tanpa Lepas


Ku bayangkan kebebasan dan kemerdekaan.. yang entah bila dan tidak kusedari akan diri ini terpenjara..

Ku meronta… ingin bebas dan lepas… ingin merasai nikmat yang hakiki !! nikmat yang abadi !!… mencari kehidupan yang sejati….

Ku yang selama ini tersangka akan kebebasan yang kumiliki adalah yang pasti… namun tembok penghadang yang kuhampiri sebenarnya telah menemukan aku dengan berjuta-juta persoalan…

Cintaku pada kehidupan., keindahan, kecantikan dan harta benda… tidak pernah aku manafaatkan untuk aku melepaskan diri aku…. Semakin kuat ke genggam maka semakin terpenjara aku dengan kealpaan yang sebati dengan diri ini….

Kegembiraanku tidak pernah menjadi katakunci buat ku untuk menyelak pintu kebebasan… semakin hari semakin aku menjarakkan diri …

Keperkasaan aku… telah aku tenggelamkan, kubiarkan diri ini selemah-lemahnya… dibuai lena dilubuk kehinaan.

Apa yang kekal pada ku adalah kerakusan menyambut dan membelai kenyataan yang palsu… sehinggakan aku tidak sedar… bahawa aku sebenarnya BEBAS TANPA LEPAS !!!!



hit counter
Orang Tengah Lepak Kat Sini