31 October, 2014

Laman Yang Ku Tinggalkan...

Assalamulaikum...


Lamanya ku tinggalkan laman ini... tiba-tiba hati ku terasa ingin kembali. Menerjah apa yang yang ku lalui dahulu..

Di usia ini.. aku masih mencari nilai diri... melihat sekeliling .. semuanya sudah berubah. Aku yang dahulu gagah.. telah semakin lemah.. fikiran ku semakin kusam dan ingatan tu semakin berkurangan.. adakah ini faktor usia ???

Aku berlawan dengan diriku sendiri... aku perlukan "exit plan"... dan tika itu aku akan berlari selaju-lajunya..

InsyaAllah..


22 November, 2008

Rindu Semakin Terasa



Letih, lesu, lemah, longlai, hiba, sayu dan segalanya kini mencengkam diri dan perasaanku...

Betapa sunyinya sejak engkau pergi meninggalkan kami semua... tiada lagi gurau senda, lawak jenaka, nasihat dan amanat yang tertutur dari bibirmu...

Kini aku semakin merindui mu.. tidur dan jagaku sentiasa terbayang-bayang wajahmu...

Wahai Ibu ku... semadilah dengan tenang... tidak akan kulupakan nasihat dan amanat mu... dan kerana nasihat dan amanat mu lah... aku terasa engkau sentiasa di sisi ku..

Rindu ku pada mu sentiasa membara... tatkala pabila aku mengenang saat-saat akhir engkau disisiku... dan disaat engkau pergi selama-lamanya...

Anehnya.. aku mampu menahan diri ini dari menitiskan walau setitis air mata... aku masih gagah untuk menenangkan kakak-kakak dan adik-adik ku.... dan disaat aku menatap wajah mu kali terakhir di tempat persemadian mu... aku masih gagah untuk melontarkan senyuman dan seolah-olah engkau juga tersenyum pada ku di saat engkau melangkah ke alam yang memisahkan kita...

Aneh... kerana setitis air mata tidak ku tumpahkan !!!..... dan engkau selamat disemadikan... tika dan saat itu... aku mengerti akan perpisahan yang sebenar-benarnya... air mata ku mula mengalir tanpa mampu ku tahan....

Itu lah perpisahan antara kita...

Kerana perpisahan itulah hadirnya rindu dalam diri ini............

20 February, 2008

Bila Aku Sakit


Sejarah tahun 2008 telah tercatat..... dan aku gagal untuk mempertahankan diri aku dari mengambil cuti sakit... aku telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah..

Betul kah aku sakit... semalaman aku berfikir... adakah aku demam ? tapi badan ku tidak panas... yang berbeza hanyalah suara ku, urat-urat serta sendiku... teramat lenguh dan sedikit selsema...

Kebiasaannya aku mampu melawan semua itu... semestinya aku akan menghadirkan diri ku ketempat kerja seperti biasa... tapi pagi itu amat berlainan sekali.. aku lemah dan kalah...

Aku kembali mengingati... ingatlah aku akan sihat sebelum sakit... semuanya betul.. dan ketika itu terasa sedikit kepayahan... dan hati ku semakin mengingati MU YA RABBI...

Ketika sihatku...sentiasa ku lengah-lengahkan ibadahku... tapi ketika sakit, ku mengeluh kerana aku hampir tidak mampu melaksanakan tanggungjawabku terhadapMU...

Ketika sakit inilah semakin kuat aku menyeru dan mengalunkan namaMU... semakin aku cuba mendekatiMU dan tak terkira permohonan dan penyesalan aku lafazkan.... tapi kenapa semasa sihatku.... jarang sekali aku memohon RAHMAT MU... adakah aku begitu kuat dan tersangat berkuasa ?

RAHMAT juga buat isteri dan anak-anakku... kerana dikala inilah mereka berpeluang untuk lebih dekat denganku... sememangnya waktu sihatku.. ku sibukkan diriku dan ku jauh diri dari mereka...

Terima kasih wahai isteriku kerana sudi menjaga aku.... !!

Terima kasih wahai anak-anakku... kerana berada disampingku...!!

Terima kasih semua atas ingatan kasih sayang... dan syukur Ya Allah atas kesembuhan yang KAU berikan...


~

17 February, 2008

Menangis



Hari ini airmata ku mengalir lagi... aku amat teruja dan sedikit gementar..!! Ku anggapkan hari ini amat istimewa bagi ku.. kerana hatiku yang keras bisa dilembutkan sekelip mata !!

Sudah lama aku tidak menangis... bukan aku tidak pernah bersedih sejak kebelakangan ini... bukan aku ego dan keras hati.. tetapi segala yang terjadi disekelilingku.. belum cukup untuk menerbitkan titisan jernih yang berharga..

Kesihatanku yang sedikit terganggu... bukan jua punca aku menangis... walaupun seluruh sendi-sendiku terasa sakit yang amat sanggat... dan suhu badanku yang meningkat..!! aku masih mampu bertahan... ku tolak ke tepi segala ubat-ubatan .. dan itu juga belum mampu membuat aku menangis...

Isteriku dan anak-anakku... biarpun kehidupan kita yang sederhana.. makan pakai mu yang tak seberapa.. kadangkala.. aku sebak jua... tapi itu juga belum mampu membuat aku menangis...

Kerinduanku kepada ayah, bonda dan seluruh ahli keluarga... arwah datuk dan nenek.... belum juga mampu untuk membuat aku menangis di kala ini...

Kerjaku yang bertimbun... keletihan dan kepayahan, tidak dihargai... belum jua membuat aku menangis !!

Tapi aku menangis... tatkala isteriku dan anak-anakku telah beradu lena.. aku pula sendiri menitiskan airmata.. !!

Bukan salah sesiapa... bukan aku salahkan segalanya... tetapi aku merasakan akan sesuatu yang perlu diperjuangan...

Aku sebak, sedih ... dan bangga kerana masih ada insan yang sanggup bermunajat.. memohon kepadaNYA suatu kejayaan yang amat berharga !!! Sedangkan aku disini... masih tertidur lena.....

Biarkan aku menangis.. kerana tangisanku ini adalah doa dan hadiah buat mu wahai "Pejuang"...........


.

14 February, 2008

Feb 14 ~ Cabaran Yang Diatasi


Yahooooooooooooo... gembira ku bukan kepalang.. kerana hari ini adalah hari yang amat istimewa.. Feb 14 !!! siapa yang tidak pernah mendengarnya... bukak lah akhbar harian, majalah-majalah ataupun layari lah internet.. maka akan terjumpa lah satu tarikh keramat yang "gila"..

Tapi hari ini adalah hari untuk aku bersyukur !!.... bukan kerana aku menyambut peristiwa yang dirayakan oleh insan-insan durjana... tidak pula aku terkenangkan kekasih atau buah hati yang telah lama terpisah... tetapi hari ini aku meraikan dengan penuh syukur dan keinsafan kerana aku telah berjaya mengatasi cabaran !!

Doa yang dipanjat, usaha, keringat dan hati yang penuh kasih sayang.. berakhirlah 24 jam yang memenatkan... !!! Bangga aku sebagai seorang ISLAM .. kerana aku mampu menutup mulut si KAFIR yang mencabar aku !!

Seharian dan semalaman ... ku berserah dan bertawakkal... dan akhirnya Allah swt merestui aku... tiada apa yang mampu ku lafazkan selain ucapan Alhamdulillah..!!

"Gagal Dan Cabaran" yang aku sahut... di sini aku akhiri dengan penuh pengertian akan nikmat yang telah diberikan. Mintalah dan pohonlah kepadaNYA... nescaya aku tidak akan kecewa !!

Terima kasih buat "Sahabat Yang Gila" kerana mengingatkan aku... Buatlah kerana Allah !!!!!

Maafkan aku wahai isteriku kerana malam mu... tanpa aku disisi..



13 February, 2008

Gagal Dan Cabaran !!!


"Kau" yang gagal... aku pulak yang tercabar !!... dan hari ini kesabaran aku teruji lagi.... bukan kerana kesalahan aku dan bukan juga tanggungjawab aku untuk memastikan yang "engkau" akan berkhidmat dengan baik dan cemerlang...

Aku ini bukan tuan "mu" dan kita tidak pernah ada sebarang ikatan dan perjanjian..!!! kenapa aku yang "engkau" cabar ?? ... carilah tuan "mu" dan cabar lah keupayaannya ... !!

Kalau "engkau" mampu berkata-kata ... mungkin akan ada banyak soal bicara... apatah lagi sumpah seranah..!! dan mungkin juga penumbuk sulungku ini mampu menelan ego "mu".. jangan "kau" lupa ... amarah ku bukan sembarangan !!

Malang sungguh "engkau".... tersisih oleh belaian mesra tuan "mu"... dan tidakkah "engkau" rindu padanya.... rindu pada sentuhan mesra...

Terpaksalah aku membenam nafsu... kerana aku telah diamanahkan untuk menyahut cabaran di atas kegagalan "mu"... kerana amanahlah ... aku "memujukmu" dengan belaian palsu..!!

Di sini aku.... antara kegagalan dan cabaran... semuanya adalah "hukum" Allah... tidak aku yang berkuasa... !!

Ku sahut cabaran di atas kegagalan "mu"... kerana itulah yang akan memadamkan sifat amarahku dan mendidik aku .. mengenal erti kecekalan dan kesabaran...

Amanah majikan ku akan ku pikul... tidak mahu aku tempis kerana kelak nanti si "kafir" akan berpesta dan bersukaria.. seronoknya jika aku tidak berupaya....

Akan ku belai "engkau" dan ku beri "persalinan" sang panglima... kerana aku tidak mahu lagi melihat "engkau" gagal.... sesudah aku sepenuh hati menyahut segala cabaran...

Tiada yang kumiliki dan tiada dayaku melainkan kekuasaan dan kasih sayangNYA.. maka aku yakin akan cabaran ini hanyalah satu "pesanan" untuk aku menyahut akan cabaran yang maha hebat untuk kembali kepada NYA !!!

12 February, 2008

Kegelapan Yang Ku Pisahkan



Mata ku buka... cerah alam sekeliling.... dan tampak segala keindahan yang tidak pernah aku hargai dan aku syukuri akan rahmat pemberianNYA...

Hati ku gelap... dan kerana kegelapan itulah aku telah hanyut dan lemas dalam dakapan sang durjana. Tiada seruan kebaikan dan kegembiraan yang mampu ku dengari... dan teman bicara ku adalah insan-insan yang terkapai-kapai seperti aku...

Dimanakah kamu wahai teman ?.. tariklah... ajarlah aku berenang... kerana aku perlu kembali ke daratan.. aku perlu sujud kepada YANG MAHA ESA....

Keluarkanlah aku dari kegelapan... bilamana kegelapan itu telah menyesatkan aku... memesongkan arah dan melencongkan tujuan hidupku... dan mengkaburkan segala pandanganku untuk melihat "cahaya" MU

Sinarkanlah cahaya Nur MU keadalam hati ku.., pada pendengaranku, penglihatanku.... zahir dan batinku... tidak lupa jua ku pohon pada MU... jadikan semua Nur itu pada pandangan dan fikiran ku..

Kegalapan itu bukan yang ku pinta.... dan tidak pernah aku berusaha kearahnya.. tetapi tersesat aku dalam kegelapan adalah kerana aku tidak pernah berusaha untuk menjauhinya..

Kita terpaksa berpisah wahai "kegelapan" kerana aku perlu kembali ke asalku.....


11 February, 2008

Ku Bermain Dengan Api

Kecil ku buat kawan... besar menjadi lawan... ini lah kesilapan aku... kesilapan yang mana mungkin patut dicipta oleh sang pengecut seperti aku..

Ku bermain dengan api... tanpa kusedari ... kini ianya hampir membaham diriku ini... hampir menghancur luluh kan seluruh jasad dan roh ku... aduh !! malangnya aku... di atas dunia aku sudah tersiksa...

Tidak ku sangka kilauan mu seumpama permata..persis gemerlapan lampu neon yang menghiasi kota... aku terleka.. ku teruskan permainan yang sia-sia... ku langkahi segala batas-batas yang sering memberi amaran buat ku... serasakan batas-batas itu umpama landai yang dihampari permaidani indah....

Api yang kumulakan dulu... tidak terdaya untuk aku padamkan... sama sekali tidak terdaya untuk aku bendung akan kemaraan... aku lupa dan alpa pada segala pesanan !!

Kepanasan kini semakin terasa... hinggakan rinduku pada MU telah aku lupa kerana aku seoalah-olah telah diselimutinya. Mana mungkin aku lari... atau perlukan aku berdiam diri ??... YA ILLAHI... selamatkan diri ku ini...

Sesungguhnya sang api bukan cinta yang aku cari......... selamatkan aku dari permainan ini !!!




Ponteng Yang Tidak Berjaya !!!


Apa yang aku rancangkan tidak berjaya untuk aku laksanakan pada hari ini… aku telah gagal.. habis lerr aku.!! Dah lerr tido tak cukup… duk layan si Sammy dan Si Sahaja mendendangkan petikan gitar antara lagu kegemaranku… ~ “Hotel California”…. cukuplah walau sekadar menggunakan gotar “kotak”….

Seperti biasa aku masih gagal untuk lepak dirumah… rancangan ku untuk “ponteng” tidak berjaya dan akhirnya aku menapak kembali ke opis untuk menatap wajah-wajah boss “kesayangan”ku…

Kenapa aku gagal ??? sedangkan aku dah rancang !!! aku dah sengaja bersengkang mata… dan aku sengaja melayari internet agar minda aku terarah untuk melupakan persoalan tentang kerja… aku penat sangat-sangat !!

Selama ini, aku amat-amat takut untuk ponteng…dan aku akan merasa sangat bersalah jika aku tidak datang bekerja tanpa alasan yang manusabah… kadangkala sakit demam ku serta merta elok bila aku jejakkan kaki di tempat kerja..

Adakah aku takut kepada “boss” atau aku sememangnya “workaholic”… atau aku ini ada masalah mental ??? .. ishhh pening aku….. “problematic” sungguh…

Tapi kenapakah aku seringkali berjaya untuk ponteng dari melaksanakan ibadah yang wajib ke atas ku … dan sama sekali tidak aku merasa takut…hati ku telah dijajah… sungguh mengerikan !!!

Kadangkala keletihan bekerja yang membuatkan aku ponteng untuk ibadah… dan sebenarnya aku hampir dan telah hilang keseimbangan dalam menjalani kehidupan seharian ku sebagai hambaNYA…

Siapakah yang aku takut sebenarnya ?????

10 February, 2008

Alunan ....










Ke kiri, ke kanan, ke hadapan... dan tidak sama sekali kebelakang dalam aku mengatur langkah mencari kedamaian dan kesembuhan...

Suara hati ku .. bukan berbohong dan berteka-teki kepada ku... malah suara hati ku lah yang selama ini mengingatkan aku tentang jalan pulang....

Alunan yang berbisik padaku... bukan sekadar menghiburkan aku... tapi alunan indah itulah yang menyembuhkan aku yang "mati"...

Berdirinya diri aku atas rahmatNYA.. dan atas rahmatNYA jua aku menghitung titik-titik kesembuhan yang ku cari..

Akan aku terus berjuang untuk memahami apa yang aku tidak pasti... semoga bisikan merdu dan alunan lembut dariNYA akan berterusan agar aku "hidup" sebagai insan !!!!!


"Kehidupan Akhirat Lebih Baik Dan Lebih Kekal" !!!!






09 February, 2008

Pintu Yang Cuba Ku Buka.....




Perjalanan yang kutempoh bukan semudah yang kusangka... tidak semudah aku melakarkan sebuah lukisan di atas secebis kertas ataupun kuhamparkan segala khayalan ku merentasi seluruh alam ini...

Langkahku seringkali tersadung dan ada kalanya aku terjatuh tanpa bangkit "berkurun-kurun" lamanya...

Jejakku yang sia-sia telah aku tinggalkan... dan ku catatkan sebuah sejarah baru untuk ku temui MU...

Seperti biasa bilamana kurebahkan badanku... akan mula aku terasa dan mengeluh... aduhhhh penatnya.!!! letih, longlai dan keserabutan menyerap keseluruh sendi dan jiwa ragaku...

Adakah aku mau mengalah..... mana mungkin aku persiakan apa yang telah aku usahakan dan tidak sesekali... aku berhenti dan gagal untuk melihat wajah MU...!!!

Pintu yang ada didepanku... berkali ku cuba untuk membukanya... berkali jua aku gagal !!! tika ini aku amat-amat kecewa...!! hampir-hampir aku meninggalkan MU...

Janji MU adalah pasti ... cuma aku yang masih disini... sedangkan tidak pernah ENGKAU menutup pintu MU untukku... dan sesungguhnya aku fahami jalan untuk kembali telah lama ENGKAU bentangkan...

Di kejauhan ini ENGKAU sebenarnya amat dekat denganku... dan ku fahami .. percayalah dan dengarlah suara hati... kerana suara hati tidak membohongi aku, cuma aku yang berteka-teki dalam memahami suara hati !!

Gelapnya diri ini... pintu yang ada didepanku perlu kubuka... hati ku perlu bercahaya... agar aku memahami "Pintu Yang Cuba Ku Buka"...!!! tiada sebarang halangan buatku andaikata aku memahami amanahNYA !!!





08 February, 2008

Komunikasi Yang Tersilap .........




Engkau yang tak faham atau aku yang salah memberi arahan ?? .. mana mungkin kerana aku sentiasa betul dan tak pernah silap .... dan aku amat-amat yakin bahawa aku adalah yang terbaik apabila memberi arahan !!....

Kalau korang tak faham tanya lerr aku betul-betul, ni main redah jerr... abis bila tak hit target siapa yang susah ??? aku gak lerr yang susah... nak menjawab nak sediakan laporan...

Bangang...!! bodoh.. !! tak boleh harap.... aku dah terangkan kat engkau... bahasa ayam dan itik pun aku dah guna... jadi apalagi ???

Aku dah hangat hati... aku tertekan.. !! Ohhhhhhhhhh mana nescafe aku..... ??? mau rasanya aku makan serbuk nescafe tanpa dibancuh !!... pernah aku hirup serbuk nescafe... stim betul .... !!

Menapak lah kembali aku ke ofis yang sunyi di cuti "raya" ini... ku teliti satu persatu apa yang kuarahkan.... tiada silap dan cacat celanya.... jadi kenapa mereka tak faham ??? Sedangkan mereka tidak bodoh... mereka-mereka semua adalah yang terbaik dan yang cemerlang dalam tugasan yang diberikan....

Ku renung kembali.... telatah anak-anakku mengajar aku sesuatu... dan aku memahami bahawa... aku seringkali silap apabila menafsir apa yang disampaikan oleh anak-anakku... !! dan yang pasti isteriku lah yang sentiasa membantu aku memahami apa yang disampaikan...

Akhirnya aku tahu... aku dan bawahanku... tidak tersilap... bukan komunikasi yang tersilap yang kami hadapi... tetapi silap akan memahami apa yang disampaikan.. kerana aku dan mereka-mereka semua dalam keadaan tertekan !!.......

Selama ini bila aku tertekan... aku sering silap mentafsirkan isihati anak-anak dan isteriku !! dan itulah yang terjadi kepada bawahan ku.......

"Sahabat Yang Gila".... aku juga takut akan tersilap setiap kali kita berkomunikasi.......!! aku suka akan perhubungan ini....

Hidup ku ini ... penuh dengan kesilapan dan kealpaan... sebab itu aku tidak mampu berkomunikasi dengan baik terhadap PENCIPTA ku.........

Nasihat aku buat diri ini.... redakan dahulu tekanan sebelum berkomunikasi................








Sahabat Yang Gila !!!



Tidak tersangka aku dalam dunia ku yang penuh kebosanan ini ... masih ada yang yang sudi untuk bersahabat dengan ku...

Aku ini bukanlah yang patuh, yang taat dan yang setia ... dan tidak sama sekali berupaya untuk menjadi pelindung kepada sesiapa yang menjadi sahabat kepada aku...

Masih jua aku berfikir dan cuba memahami... adakah betul "engkau" menjadi sahabat kepada ku... dan tertanya-tanya aku kepada diriku.. apakah yang mampu kujanjikan utk seorang sahabat....

Mampukah aku berjanji kepada diriku untuk terus menjadi seorang sahabat ?? kerana selama ini aku tidak punya sahabat yang dapat kuluahkan segala kebosanan yang memenuhi ruang pemikiran ku...

Ku akui "saudara-suadara" ku masih ramai... tapi mereka tidak mampu menjadi sahabat kepadaku.. kerana antara aku dan mereka masih ada jurang yang tidak dapat ku hapuskan..

Hari ini... sebelumnya dan masa akan datang... aku amat-amat berharap agar sahabat ku ini terus disisiku.. kerana aku tenang dengan celoteh mu... aku gembira dengan tutur mu.. dan kadangkala aku gementar dengan persoalan yang engkau zahirkan...


Sahabatku... adakah engkau seronok dan gembira bila bersamaku...??? Jika engkau merasa seronok dan gembira..... tahulah aku bahawa aku telah dianugerahkan seorang "Sahabat Yang Gila"....

Gembirakanlah hatimu wahai "sahabat yang gila..." sentiasa akan ku perdengarkan alunan merdu buat mu ........

07 February, 2008

Nakhoda Al-Hafiz

Hebatnya kemahiran yang dimiliki oleh datuk dan ayah kepada moyangku.... hebat sungguh mereka-mereka itu..... kerana mereka adalah nakhoda-nakhoda besar yang setia kepada Raja dan Negara....!!

Mereka gagah dan berani... tidak sama sekali seperti aku... seumpama jauh langit dengan bumi !! ... jauh sejauh jauhnya.....

Aku pengecut !!... jahil !!... pemalas !! dan segala-gala yang buruk ada pada aku.... setiap jejak yang kutinggalkan pasti memahatkan gelaran agung atas kehebatan sifat tercela ku....

Aku ingin kembali meneruskan apa yang ditinggalkan.. dan yang diamanahkan buat aku !!.. ingin jua aku kembali menjejak laluan-laluan "emas" yang penuh kilauan cahaya...

Semakin ku dongak kepala ku... alam ini membuat aku gelisah... kerana mana mungkin tangan yang kotor ini mengenggam amanah yang ditinggalkan..

Doa ku ... kepada yang RABBI... tunjukkan kepada ku.. jalan pulang.... tidak sanggup ku melihat bahtera ku tenggelam... tidak sanggup kuhadapi andainya yang karam adalah insan-insan yang ku sayangi...

Nakhoda Al-Hafiz..... ingin kembali..... !!! InsyaAllah.... lautan yang bergelora tidak akan bisa menghalang bahtera agung ku ini...........!!!!!

06 February, 2008

Aku Dah Bosan.....


Kebosanan seringkali menjengah ruang-ruang waktu kehidupanku... dan tidak pernah sama sekali aku membuka pintu dan mempersilakan ia masuk serta mengganggu aku..

Semakin hari semakin aku bosan dengan nilai kehidupan, urusan kerja, kenaikan harga barang dan pemerintah yang tidak pernah ingat akan apa yang telah aku sumbangkan !!

Kebosanan aku kadangkala amat melampau... bila aku mengingat akan kisah silam aku... pun jua bila aku melihat tingkah laku "saudara-saudara" aku... disudut hati-hati mereka ... aku semakin tersisih dan terpinggir ... gilakah sudah mereka-mereka itu ??? atau aku yang tidak setaraf pabila "kasta" kita berlainan tingkatnya.. kerana aku adalah yang terbawah serta tercorot


Syukurku atas anugerah ILLAHI... kebosananku "ghaib" pabila isteri dan anak-anakku.. mendendangkan sebuah kehidupan bertunjangkan kasih dan sayang.... !! Tidak lupa jua buat "sahabat" yang sanggup "gila"pabila berbicara dengan ku..... terima kasih !!!!!!

02 February, 2008

Bebas Tanpa Lepas


Ku bayangkan kebebasan dan kemerdekaan.. yang entah bila dan tidak kusedari akan diri ini terpenjara..

Ku meronta… ingin bebas dan lepas… ingin merasai nikmat yang hakiki !! nikmat yang abadi !!… mencari kehidupan yang sejati….

Ku yang selama ini tersangka akan kebebasan yang kumiliki adalah yang pasti… namun tembok penghadang yang kuhampiri sebenarnya telah menemukan aku dengan berjuta-juta persoalan…

Cintaku pada kehidupan., keindahan, kecantikan dan harta benda… tidak pernah aku manafaatkan untuk aku melepaskan diri aku…. Semakin kuat ke genggam maka semakin terpenjara aku dengan kealpaan yang sebati dengan diri ini….

Kegembiraanku tidak pernah menjadi katakunci buat ku untuk menyelak pintu kebebasan… semakin hari semakin aku menjarakkan diri …

Keperkasaan aku… telah aku tenggelamkan, kubiarkan diri ini selemah-lemahnya… dibuai lena dilubuk kehinaan.

Apa yang kekal pada ku adalah kerakusan menyambut dan membelai kenyataan yang palsu… sehinggakan aku tidak sedar… bahawa aku sebenarnya BEBAS TANPA LEPAS !!!!



26 January, 2008

Dunia Aku Penuh Hina....


Mengimbau kenangan lama...... aku adalah hamba kepada tokeh-tokeh judi... 4D, 5D, 6D ... dan bermacam-macam "D". Ado duit.. belasah... pastu sesal tak sudah. !!! hidup pun dah 1/2 punah ranah !!

Aku hamba kepada tuan yang tidak mempunyai apa-apa kuasa... dan aku berharap kepada hasutan dan harapan palsu sang setan durjana... akhirnya yang kaya tetap bukan aku.. tetapi si tokeh judi !!!

Bisikan dari Ya Rabbi... menerjah pintu hati.. peluang hanya sekali, ku tolak pasti akan rugi !!... namun hati berbelah bahagi.. terus berjudi atau kembali kepada yang pasti..

Akhirnya jalan yang pasti aku turuti... dengan penuh ejekan dan caci maki... si kaki judi mahu menjadi sufi !!!! si kaki judi menjadi wali !!! .... si kaki judi... mahu menjadi suci !!!

Tekadku hanya satu... setitis airmata anugerah Illahi... seumpama kunci yang membuka seluruh anugerah alam ini... ke pekikkan dalam diri......"aku ingin kembali"... "aku tidak mahu menjadi hamba judi"...... "judi membutakan hati".........

Sedarlah aku... dunia aku yang lalu..... adalah dunia yang penuh hina..





24 January, 2008

Appreciating A Job Well Done



-----Original Message-----
From: NIK

To: GOH; CHAN ; ; LEE; LIM; SAAD; THANGA; MUTHU; TAN; SOO
Cc: AHMAD; HEONG; RAJA; WEI; YOUNG; OOI; MAZ; ZAIN; CHIN


Sent: 12/17/02 11:49 PM


Subject: Appreciating a job well done


Just For Info




An article from New Straits Times, Saturday, December 14, 2002.
by Charisma Mendoza



Lack of appreciation really turns people off at the workplace. This is natural of course as all of us hope to reap certain rewards in return for our work, and if we don't receive them it disheartens and discourages!
Some managers display the attitude: "They are getting paid aren't they, what more do they want?"


They don't seem to notice contributions people make, much less thank them for it. The effect at the workplace is therefore negative and depressing. Yet even the best managers have only so many hours in a working day, so they tend to spend more time with people who are having problems than those who are doing a good job. Unintentionally this results in the best people getting the least attention!


People who feel that their effort are unnoticed, eventually harbour feelings that they are being 'used'. This is not good as they are bound to lead to resentment towards the job, the department, the manager, or the company. Some managers make the mistake in identifying or interpreting this as a 'belligerent' attitude on the part of the employee. Seen in the true light of reality, it is simply the feeling of being exploited by a supervisor with more ego than ethics.


Why wait until people do something wrong before you stop to personally speak to them? Ignoring good work and harping on their mistakes only is a poor way to motivate staff.
You don't have to go around patting the shoulders of everyone to show appreciation. But do take notice of what people do and show that you appreciate it. Strike up conversations with employees and ask them how their work is going, let them know they matter and that they are not being ignored or taken for granted.


When associates finish their task, how often have you been guilty of taking what they have done for granted? If their work was particularly good, have you shown appreciation? If you never bother to mention anything, is it any wonder that they think you never notice? When anyone's performance is exceptional enough to warrant a raise or promotion, "go to the bat" for that person! What better way to acknowledge good than with a tangible reward? It immediately shows people what you consider important and motivates excellence in others too.


Do what needs to be done. Observe closely when you visit offices, factories, and shops where people work. It's noticeable when management is efficient or otherwise, and if proper supervision is in place. When something needs to be done, good managers (whatever their levels) are seen attending to the situation without being told. They know what is within their area, and if they have the authority, they simply go ahead and tackle what needs to be done.


If there is any doubt on authority to act, good managers still take the initiative to point out the problem, suggest action and seek approval from the relevant authority, if it is completely out of their area, they tactfully recommend action to those who have the authority and step aside.
The point here is, if something needs to be done, people with initiative feel a personal responsibility to do what they can to get it started. Others could be just as able, just as willing to work hard, but they don't have the spark, initiative, to start action on their own.

Why do some people hesitate to take responsibility for changing anything, for starting in new directions? There are many possible reasons, one of which is fear for being blamed if a project goes wrong. Another, perhaps more detrimental, is that they simply do not visualize it as a key part of their job. This attitude is particularly so in the actions of many newly promoted managers.


New managers, used to follow directives from their peers suddenly thrust into the position of giving instructions, act just as a communiation link betwen their superiors and subordinates. The big boss tells them what to do and they tell the associates!


Good managers have to be self starters. They anticipate the needs of their jobs and don't expect their supervisors to do their thinking for them. They see what needs doing and implement it without waiting to be told. They accept responsibility for developing new ideas and new methods within the limits of their authority without having to be prodded.


Remember, managers are paid to think and initiate things in the sphere of their managerial activity. Leadership is what the organization, their superiors, their colleagues and everyone else looks to them for. If managers are not doing this, then they are not performing their jobs!


23 January, 2008

Azimat Permaisuri


Kembali ku buka helaian-helaian kasih, dengan perlahahan-lahan ku baca dan ku ulang akan bait-bait yang ku ungkapkan… lalu ku tersedar akan aku telah mengorak kembali langkah ke belakang…!!!

Kasih permaisuri dan puteri-puteriku ku yang disandarkan padaku menjadi satu azimat demi aku mencari dan menggapai segala matlamat…yang membawa aku kembali dalam mensyukuri segala rahmat dari Illahi…

Hari ini aku hampir tersungkur… dan azimat yang ku miliki, seolah-olah telah dibawa pergi… Kelalaian dan kealpaan aku sendiri hampir pasti meninggalkan aku di sini..

Persetankan semua itu…. bodoh dan banggang andai aku lupakan azimat dari permaisuri .. yang selama ini aku amat-amat pasti kasihnya yang tidak dibelah bahagi… tidak akan ku lupakan juga puteri-puteriku… anugerah kasih mereka yang semakin aku mengerti…

Kemusnahan yang cuba aku cipta… sebenarnya tidak aku sendiri sanggup menghadapinya…

Azimat permaisuri… ku ambil kembali… kudakap sepenuh hati………..



Pemburu Yang Cemburu



“Engkau” kembali memburuku…. kembali menerjah ruang “suci” milikku, yang ku bangunkan dengan penuh harapan dan kesantunan..

“Pemburu Yang Cemburu” kepadaku, bukan kepalang niat dan nafsu”mu” hingga ku bawa diriku ke sempadan demi kehidupan….Andai aku leka… “Pemburu Yang Cemburu” itu bukan hanya akan menguasaiku… malah akan merobek dan mengsisakan jantung “kehidupan”ku..

Adakah aku lari atau aku semakin dihampiri… jarak 1987200 yang kulebarkan semakin kecil kurasakan.. seolah-oleh tengkukku sedia dipatah-patahkan… rusukku sedia ditembusi, mataku “buta” dibakar dan lumpuh segala kasih sayang!!

Bertahun ku berhadapan “Sang Pemburu”… namun tidak pernah aku gentar… walaupun ku”tewas”.. tidak pernah sekalipun aku kesal dan sesal… kerana “Sang Pemburu” hanya inginkan ku menjadi “anjing” perburuannya…dan tidak sesakali cemburukan aku….

Hari ini… kurasakan lagi akan gementarnya aku diburu oleh “Pemburu Yang Cemburu”… kerna ku andaikan engkau lebih dekat dari yang kusangka… dan kemusnahan akan lebih terasa…

Andaiku tewas… bukan hanya aku yang menjadi “mangsa” … isteriku… dan puteri-puteriku yang tercinta akan turut tersiksa…

Akan kutewaskan engkau “Pemburu Yang Cemburu”, agar engkau kenal siapa aku… ingatlah “Pemburu Yang Cemburu”… aku ini adalah “tuan” mu….

21 January, 2008

Dua Puluh Empat

24 bukan umur aku.. kalau umur aku 24 tahun, memang best… aku leh buat pelbagai benda. Nak jadi “hero” atau nak jadi “zero”… bila-bila masa dimana jua. Kudrat muda.. umpama kuda yang boleh dibawa berlumba !!!

24 bukan nombor “bertuah” aku.. dan tak pernah sesekali aku “main” nombor ekor dengan angka 24 di hujung.

24 bukan jumlah awek-awek aku… ermm kalau sebanyak itu, semakin besar dan tebal lah buka “amalan” aku untuk di “study” dan di kaji. Aku pun letih jugak kalau nak ingat kesemuanya !!

24 adalah sesungguhnya rahmat YANG MAHA ESA anugerahkan kepada aku, kamu dan kita semua… termasuklah kami (kami = KJ… jangan marah bro). Tiada yang dapat menandingi dan mengatasi akan kelebihan 24 ini…..

Twenty Four.. dua puluh empat… senang nak lihat 24 JAM !!… itulah masa sehari semalam. Masa yang Allah SWT bersumpah… :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  1. Demi Masa!
  2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
  3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.



Demi masa … Allah SWT memperlihatkan akan kebesaran apa yang dinamakan MASA… wehh korang ni faham ke apa makna MASA… orang putih panggil TIME.. kalau France lak … nak kena tanya bro Batara Karang… expert tuh bebbb!!!

Masa diumpamakan seperti emas.. kalau ikut orang melayu macam aku… maka lihatlah betapa berharganya masa ~ kalau emas korang sure rebut-rebut dan jaga elok-elok… Jadi maknanya lebih kurang campur tolak dan darab… ianya adalah sesuatu yang amat-amat bernilai tinggi… kalau tak apsal Allah swt nak sebut dalam Al-Quran..

24 jam yang dianugerahkan kepada aku… terpaksalah ku renung-renungkan kembali akan aturan, pembahagian dan penggunaan….. korang ingat aku free sangat ko nak tulis karangan ni … aku pun nak masuk forum gak !!!!

24 jam yang terlalu suntuk buat aku… rutin harian yang melampau !!! Tapi tidak bagi orang yang mengerti, memahami dan berjaya menundukkan MASA… !!! Merepek lak aku… pada dasarnya “orang-orang” yang berjaya tidak akan gundah gulana dalam membahagikan masa !!

Aku tidak mahu rugi… !!! dan telah banyak aku kerugian masa… dan kerugian ini lebih besar nilainya dari aku rugi bermain no ekor !!… Apa yang ada padaku hanyalah :-

  1. Masa hidup sebelum mati.
  2. Masa kaya sebelum masa miskin.
  3. Masa lapang sebelum masa sibuk.
  4. Masa muda sebelum masa tua.
  5. Masa sihat sebelum masa sakit


Dalam 24 jam… berbagai perkara boleh terjadi kepada aku…. Dan sesungguhnya aku telah memeliki kesemua masa yang di atas sebelum aku menghadapi kesakitan, tua, sibuk, miskin dan mati ……….

24 akan kutekadkan kepada diriku dan akan ku “sibuk”kan seluruh ahli keluarga dan tidak lupa saudara se ISLAM ku untuk menjaga MASA… andai kata aku terleka .. aku akan terhumban didalam kerugian…. Ingatkan aku dan tegurlah aku wahai saudara-saudaraku agar aku tidak lupa akan RODA MASA….

19 January, 2008

Kedamaian


Tiada yang terindah melainkan kedamaian dan curahan rahmat MU YA ALLAH... walaupun seringkali jasad dan jiwa sering meronta-ronta memungkiri akan kewujudannya.
Tidak perlu ku robohkan dan ku runtuhkan seluruh alam untuk ku mencari kedamaian. Sesungguhnya selangkah ku berjalan, setiap kerdipan mata dan setiap detik jantung ku berdenyut... sebenarnya aku telah memiliki kedamaiannya.....
Hadirnya kedamaian seringkali tidak kusedari, tidak kufahami dan tidak kuhayati kerana aku masih lena dalam kelalaian serta keangkuhan. Kedamaian ciptaan manusia adalah lakunan semata-mata, pencerobohan dan pembohongan yang direka untuk memudahkan cara.
Andai aku mampu mencipta kedamaian... aku adalah pendusta !! Kerana kedamaian adalah anugerah dari Allah swt terhadap hambanya...
Aku bersyukur kerana kedamaian yang ku miliki adalah tanda kasihNYA kepada diriku... maka wajib kupertahankan kerana jika ku cuai... yang pasti kedamaian akan hilang dalam diri !!

17 January, 2008

Performance Appraisal <- Pebenda Tuh




Setiap tahun "kau" akan menjengah... maka akan terkira-kira dan terkedu-kedu diriku ini memikirkan dan mengingati apa yang kucapai setahun yang lalu.... adakah aku cemerlang ? berpotensi ? perlukan perubahan ? atau gagal dalam melaksanakan amanah majikanku..


Ku perlu cemerlang agar $$$$ yang masuk ke dalam poket bertambah tebal... kelak aku boleh berdiri lebih hebat, gah dan bermewah-mewah !! best....... boleh beli macam-macam... kalau duit banyak, bukan setakat harta benda... isteri pung boleh ditambah..!!!!


"Performance Appraisal".. telah kusiapkan dan semestinya aku hiasi dengan ungkapan dan pencapaian yang indah-indah. Kuperincikan sebagus-bagusnya.... seandainya ada yang tidak elok akan kuperelokkan dengan "bohong sunat" yang aku sendiri fatwakannya..

Maka pencapaianku akan dinilai dan dimarkahi oleh atasan-atasanku... dan yang pasti "bohong sunat" ku itu menjadi !!!..... Sesungguhnya aku tidak peduli dan aku pasti setiap orang.. pasti pernah melakukan perkara yang serupa ini.... Bilanglah dengan jari... berapa keratkah yang ikhlas dan jujur pada diri sendiri...


1429 ku menilai diri kembali.... ku hadapkan diri pada Illahi... yang pasti penghujung 1428 ku akhiri dengan doa dan kehadiran 1429 jua ku sambut dengan doa.. ku mohon pada Illahi.. yang terburuk dan ternoda agar diampuni.. yang terbaik akan cuba ku miliki !!!


Penilaian prestasi.... atau Performance Appraisal... bukan semata-mata kenaikan gaji !! bahkan lebih indah jika dapat kupertingkatkan martabatku disisi Illahi.. sejujur-jujur dan setulus diri ..........!!!!


Untuk itu setiap detik dan wadah yang akan kulalui... yang pasti tiada lagi "bohong sunat" menjadi peneman diri .........!!!


Keluarga Dan Aku....



Nik Masturina..... puteri bongsu ku yang nakal !! Kepetahan dan sifat manja mu seiring usia mu... itulah anugerah dari yang Maha Esa buat ku...

Nik Mahirah .... puteri tengah ku yang manja... tingkahnya kadang-kadang tidak ku duga. Pantang diusik, air mata mu pasti mengalir pohon ehsan......

Nik Maisarah puteri sulung ku yang cekal... kau lah pembantu Papa dan Mama mu dalam mendidik dan menjada adik-adikmu !!

Noor... isteri ku, sesungguhnya penat lelah dan kecekalan mu.. akan ku titipkan dengan doa-doa keampunan dan kebahagian dari ILLAHI... agar kita beroleh kebahagian yang sebenar-benarnya..

Yang Maha Esa menguji ku dengan harta, keluarga,isteri dan anak-anak... adakah aku bersyukur atas permberianNYA..???

Yang Maha Esa menguji ku dengan harta,keluarga, isteri dan anak-anak... adakah aku lalai atas suruhanNYA???

Ampuni dan rahmatilah hamba MU ini.... tunjukkan jalan untuk keluarga ini mengecapi SYURGA MU.........

16 January, 2008

Kudambakan Sebuah Kehidupan

Lama tidak ku nukilkan apa yang tersirat dan tersurat di sanubari ini. Siapalah aku tanpa IHSANNYA, siapalah aku tanpa RAHMAT dan RAHMANNYA...



Tidak mampu ku jelmakan segala apa yang ku cita-citakan, ku khayalkan dan ku impikan andai kata aku masih seperti ini !!



Bertahun ku hanyut tanpa cuba mengerti, namun kasih dari YA RABBI membawa aku kembali.... dunia ini kembali ku kenali. Biarpun hanya waktu yang tersisa ini ku kejari... aku bersyukur kerana "pintu" yang kucari masih terbuka luas untukku...



YA RABBI... tahun-tahun yang berlalu tidak pernah ku berusaha mencari dan mendekatiMU, ku abaikan sifat taat yang di"tradisi"kan kepadaku !!! Aku lah yang tidak sudi... sedangkan ENGKAU sentiasa di sisi...



Kehidupan yang kucari .. yang kudambakan tidak akan muncul, tidak akan wujud dan tidak akan kukecapi tanpa kasih sayangMU....



Kini aku mengerti... kehidupan ini bukan untuk mengejar lautan emas ataupun gunung berlian.. tetapi kehidupan ini ialah mencari keredhaanMU yang abadi..



Isteriku... puteri-puteriku... kamu adalah "rezeki" dan pemangkin dalam ku mengenal sebuah kehidupan. Hadirnya kalian bukan sebagai hiasan atau barang permainan dan tidak sesekali sebagai pencetus kebosanan dan kekalutan. Hadirnya kalian adalah anugerah yang wajib ku pandang, tenung dan renungi akan nilai sebuah kehidupan yang kudambakan !!!



YA ALAH..... lembutkan lidahku, buangkan segala "ego"ku dan segala kelemahanku agar aku sentiasa memujiMU.... anugerahkan aku dan seluruh ahli keluargaku dengan sifat taat dan kasih kepadaMU...



Kudambakan sebuah kehidupan... yang kekal di RAHMATI...

15 November, 2006

Aku Yang Sengkek




Kekosongan dalam diri amat terasa sekali, tambahan apabila mengenang peristiwa lampau. Syukur ke hadrat ILLAHI.. masih diberi kesempatan buat aku untuk kembali dan mencari sesuatu yag abadi.

Muhasabah diri adalah sunnah Rasulullah SAW. Maka aku perlu menilai diri aku sendiri dan arah tuju aku untuk menjadi insan yang bertakwa dan berusaha utk menjadi hambaNYA yang terpilih !!!

Dalam kekalutan mencari rezeki dan dibayangi perasaan “sengkek”.. aku seolah-olah putus asa untuk terus menadah tangan dan memohon kepadaNYA. Syaitan seringkali menghasut dan mengoda fikiran ini… dipengeruhi diri ini agar mengejar keduniaan dan melambat-lambatkan utk menunaikan solat… dan bermalasan utk berdoa memohon keredhaanNYA.

Rasullah SAW pernah berdoa (Maksud hadis di atas) :-

“Wahai Tuhan, hidupkan aku dalam kemiskinan, matikan aku dalam kemiskinan dan kumpulkan aku dalam syurga bersama-sama orang miskin”.

(Riwayat Ibnu Majah, Al-Hakim dan At Tirmizi)

Penderitaan, ujian dan kesusahan itu janganlah dianggap sebagai beban. Pandanglah ianya sebagai :-


- Penghapusan dosa
- Sebagai kasih sayang Allah SWT dan utk dikurniakan darjat dan pangkat diakhirat kelak


Apakah aku boleh diketegorikan miskin dengan harta dan wang ringgit. Tidak sama sekali… aku punya pekerjaan tetap, pendapatan ku tidak pernah kantoi bila tiba waktunya, aku punya rumah dan kereta…. Dan masih lagi makan secara mewah !!! Habis kenapa aku merasa “sengkek” ??? Jawapannya amat mudah….!! Kerana aku tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki… aku lalai utk mengucapkan Alhamdulillah pabila selesai mengenyangkan perut ku yang kuisi sepadat-padatnya….

Bila kukenang semua itu…ku semakin terasa akan Rahmat, Rahman dan Rahim Ya Allah… seteguk air yang kuminum bermula dengan ungkapan Bismillahirrahmanirrahim menjadikan diri ini seolah-olah dipulihkan dari suatu penyakit… disegarkan fikiran dan dihilangkan kekusutan…

“Makanlah sesuka kamu dan minumlah sesuka kamu asalkan dua perkara tidak kamu langar iaitu .. berlebih-lebihan dan bakhil”

(Riwayat Imam Bukhari dengan sanad muallaq)

Jawapan ku temui… aku sebenarnya tidak “sengkek” andaikata aku bersyukur dengan anugerah ILLAHI… ketunaikan segala kewajipan atas ku dan hak ke atas hambaNYA yang lain….


13 November, 2006

Cerita Dari India

Salam buat semua saudara2ku yang dirahmati Allah… sedih dan sebak bila melihat perlakuan kafir laknatullah… dan gambar ini hamba dapat dari seorang kawan yang bekerja di Pulau Pinang (panggilan sebagai Lie)

Apa yang mampu kita lakukan… dan perbuatan ini bukan berlaku dinegara kita tetapi dinegara yang bernama “INDIA”… tempat tinggal pelakun “bolywood” yang didewa2kan

Sedang ramai saudara2 seagama kita yg menjadi fanatic kepada pelakun kacak lawa dari negara Hindustan.. kita tidak sedar akan nilai2 Islam kita telah di”rogol”.. mata kita telah dikelabui...
Dari email (Lie) :-

MEMANG patut NEGARA diaorg PANAS dan MISKIN FOREVER...BUSUK HATI !!!
Tulah padan muka India sekarang dok kena heatwave teruk suhu sampai 45 degrees..buat lagi kerja2 mcm nih... lupakan aishwarya rai ke, khan-khan ke..sapa2 yang seagama dengannya... Ni la HINDUSTAN yang setan tu...

HINDUS BURNING THE HOLY QURAN.. NOW THEY GET HEATWAVE 45 DEGREE C
PLEASE FORWARD THIS TO AS MANY MUSLIMS AS YOU CAN IN DIFFERENT COUNTRIES
SO THAT IT MAY REACHES THE MEDIA WHICH WILL - FOR SURE COVER IT AS WELL AS
IT DESERVES, AND THE MUSLIMS ALL OVER THE WORLD MAY KNOW & DO SOMETHING
ABOUT THIS. THIS IS AN EXCLUSIVE PICTURE AND IT'S THE ONLY PROOF OF THE
UNFORGIVABLE SIN DONE BY THE HINDUS




Seruan buat saudara2 seagama.. dekatkan diri kita kepada Allah swt dan mohon agar dibuka pintu2 hati kafir si laknatullah itu untuk berubah dan mengikut ajaran ISLAM, mohon agar umat ISLAM bersatu !!! untuk menangkis dan melawan perbuatan durjana tersebut dan mohon kepada Allah swt agar diturunkan peringatan dan pembalasan yang sewajarnya… !!!

Fobia Hari Isnin


Isnin selalunya menjadi satu hari yang bermasalah utk aku…. Sedangkan Allah swt telah menciptakan sesuatu itu tanpa cacat cela. Tapi aku memandai2 mereka2 cerita meng”fobia”kan diri ini tak tak tentu hala..

Aku “fobia” kerana hari isnin selalunya mood boss aku kurang baik.. tambahan pula kalau banyak problem kat prod line dihujung minggu…

Perlu ku lontarkan jauh2 “fobia” yang menggusarkan kepala otak aku ni.. kan elok kalau aku berpuasa sunat di hari Isnin. Banyak hikmah kalau kita berpuasa.. ishhh masih dibulan Syawal..

Kalau aku puasa…. Paling tidak pun aku dapat mengawal diri aku menjauhkan zahir dan batin kearah kemungkaran, maksiat dan selebihnya leh buat aku kurus…!!!

Maksiat batin ni yang susah nak nampak !! kang aku ni manusia biasa… bab ego, angkuh, riak, buruk sangka dan hasad dengki sentiasa melanda aku… Ya Allah.. ku mohon keampunan dari mu…….

Yang paling utama sebenarnya ialah niat >>> berpuasa kerana Allah Taala..!!!



Menurut sebuah Hadis daripada Abi Qatadah R.A., bahawasanya RasulullahS.A.W. telah ditanya tentang puasa hari Isnin, baginda menjawab,menyatakan....... "Bahawa itu adalah hari saya dilahirkan, dan hari saya diangkat menjadiRasul juga hari al-Quran itu diturunkan kepada saya." Menurut sebuah Hadis daripada Abu Hurairah R.A. daripada RasulullahS.A.W., ia bersabda yang bermaksud....... "Amalan-amalan itu ditunjukkan pada hari Isnin dan Khamis. Saya sukaandainya amalan saya itu ditunjukkan kepada Allah ketika saya sedangberpuasa."


Persoalannya kalau aku puasa, boleh ke mood bos aku menjadi lebih ??? Pasal mood ni seeloknya aku serahkan kepada Allah swt. Aku buat kerja aku dan bos lak buat keje dia…. Kalau keje aku dah elok apsal aku nak takutkan diri aku dengan benda2 yang remeh temeh ni… banyak lagi benda / perkara yang leh aku fikirkan utk memajukan Agama Isam, keluarga aku, masyarakat sekeliling aku dan tak lupa juga kepada sahabat2 aku yg pernah bergelumang bersama2 aku dalam dunia 4D.


So kalau aku nak puasa… ganjaran dari Allah swt adalah pasti !!! Moga2 aku bersih zahir dan bathin..!!! So sahabat2ku yang bermasalah seperti aku pada setiap Isnin… dan tidak lupa juga kepada sahabat aku yg dialam 4D yg menang duit judi semalam sama2 lah kita fikirkan camana utk menjadi umat yang diredhai dan dirahmati !!!… Aku yakin walaupun korang menang 4D semalam, jiwa korang tetap tidak tenang kerana :-


Daripada Abu Hurairah telah berkata :
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :


Sesungguhnya Allah itu Maha Baik tidak menerima melainkan sesuatu yang baik. Dan Sesungguhnya Allah telah memerintah para orang yang beriman sama dengan apa yang telah Dia perintah dengannya terhadap para rasul. Maka firmanNya yang bermaksud :
Wahai rasul-rasul makanlah kamu daripada makanan yang baik (halal)...dan firmanNya lagi yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman makanlah kamu daripada makanan yang baik apa yang dianugerahkan kepadamu(halal).... Kemudian Rasulullah s.a.w menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berrdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya.



Mohon kepada Allah swt agar aku dapat melontarkan jauh2 akan perasaan “fobia” yg aku ciptakan sendiri dalam diri ini… dekatkanlah diri ku ni kepada Mu Ya Allah !!!

12 November, 2006

Aku Dan Mesin




Tanpa mesin2 yg aku jaga dikala ini, rasanya idup aku lebih tenang dan semakin byk masa akan dpt kugunakan utk menghampiriMU YA ALLAH..

Tapi kalau aku tak keje nak makan apa ?? Kan keje ini satu ibadah.. kesabaran aku melayan "masalah" mesin2 tu jugak satu ibadah... yg paling nyata.. aku ada keje dan ada gaji !!!

Baru ku terperasan selama ini aku sememangnya "bodoh".. kerana aku tidak pernah memahami apa yg mesin2 tersebut fikirkan. Tak pernah aku tanya pada mesin2 tersebut apakah keperitan yg dialami.. dimaki hamun dan disumpah seranah. Bukan setakat si kafir je yg sumpah seranah.. aku pun tumpang sekaki.. tapi ko tetap sabar atas kejadian engkau. Ko tetap redha..

Setiap saat ko mengabdikan diri ko.. ko hidup atas perintah Allah !!.. aku lak hanya "sabit/asbab" atas peristiwa dan riwayat hidup ko wahai sang mesin.. tapi aku tetap ego dengan diri aku.. kerana kurasakan pabila ko berfungsi tanpa masalah.. maka akulah yg terhebat kerana berjaya menyuruh ko bekerja.. dan pabila ko rosak dan aku perbaiki.. maka akulah yang paling hebat kerana berjaya memaksa ko bergerak !!!

Tanpa suara tapi sebenarnya ko telah membuka pintu hati ini... ko telah mendekatkan lagi aku kepada ILLAHI.. hanya dengan sepatah kata ajaib ku tuturkan.. ilham pun muncul.. ko ku sentuh dan ko mula bergerak tanpa lengah..

Keajaiban itu milik siapa.. adakah suara tutur ku.. adakah kerana ko takut kepada aku.. atau adakah kerana RAHMAT ALLAH SWT !!! Maka setiap saat dan ketika akan ku pastikan akan ucapan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM terucap dibibir sebelum ku memaksa ko bergerak tanpa lengah..

InsyaAllah dalam kepayahan ko bergerak dan kepayahan aku mencari rezeki.. kita sama2 bersyukur dan memuji kebesaranMU Ya Allah... !!

10 November, 2006

Hidup Kita




Wasilah yang dicari masih lagi jauh akan perjalanan ini. Tak akan ada gerak kalau tidak ada ilham. Masih ku tunggu akan petanda seterusnya, masih ku nanti apa yang akan muncul suatu ketika nanti.

Dalam diri ini, hidup berpegang kepada yang -5. Bukan ada kaitan dgn nombor ekor, kang ada lak yang kata pasal 5D… huhhhhh aku dah buang jauh2 “habit” aku yg dahulu tu. Tak mahu aku kembali ke alam yang mengserabutkan kepala otak aku ini.

Panggilan telefon dari seorang “otai” membuat aku terkujat. Namun dari cerita dan kisahnya, aku mampu berkata dalam hati ini.. alhamdulillah !!! telah ada sahabat2 yg memahami apa yg aku hadapi..

Kembali ku ingatkan akan diri ini akan 5 perkara :-

1. Mengucap Dua Kalimah Sahadah
2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam
3. Berpuasa Di Bulan Ramadhan
4. Membayar Zakat
5. Naik Haji (sekiranya mampu)

Dulu aku mengucap juga, tapi hanya permainan dan gerak bibir yg tidak aku hayati.. al-kisahnya aku lalai utk bersolat. Bulan Ramadhan adalah bulan yang hanya silih berganti. Zakat tidak aku fahami…. Haji .. arghhhhhhhhhhhh tu kerja orang tua2.. tak pun musim tu la time merasa minum air zam-zam !!!

Allah itu Maha Pengasih… kalau tanpa izinNYA.. hati aku masih kelam, diri ini akan terus terjerumus ke lembah JAHANAM !!! ishhh ……… aku kala ini AMAT-AMAT TAKUT…. Korang tak takut ke.. ??? Kalau korang takut… mehhh ikut aku.. kita abdikan diri ini kepada seruan ILLAHI..

Kembali ke pangkal jalan.. adalah satu nikmat yang tidak terhingga… tidak ada kata2 yg mampu aku nukilkan disini. Tidak ada kelazatan dalam hidup kecuali kita memahami bahawa Allah itu Maha Baik !!!!... Pemberi petunjuk dan penyelesai segala masalah..
Bagaimana doa kita mampu diterima kalau makanan kita dari harta yang haram, pakaian kita dari harta yang haram dan mulut ini disuap dari hasil yang haram…

Firman Allah :-

Maksudnya :- Hai orang-orang yang beriman !! Makanlah dari segala yang baik yang telah KAMI berikan rezeki akan kamu….

Kusedarkan akan diri ini, untuk aku bangkit, melihat dan memahami akan hakikat diri sendiri. Hak-hak Allah yang perlu aku tunaikan dan melunaskan hak keatas hamba2NYA yang menjadi tanggungan aku dan aku perlu menaruh perasan belas kasihan ke atas DIRI INI SENDIRI !!!!!


“Wahai nafsu mutmainnah (nafsu yang tenang), kembalilah kepada Tuhan kamu dengan hal keadaan saling redha meredhai. Masukkanlah ke dalam golongan hamba-KU dan masuklah ke dalam syurga KU” - (Al-Fajr Ayat 27-30)

01 November, 2006

Eidul Fitri Yang Tiba



Ku sambut dan kusahut bait2 takbir dipagi raya dengan keinsafan yang tidak terkira.. adakah aku akan dapat mengekalkan segala amalan dan patuh akan suruhanNYA !!

Syukur kepada Illahi kerana dapat menyempurnakan puasa ramadhan tahun ini.. walaupun hampir2 tewas atas ujian dariNYA..

Wahai Bapaku, Ibuku, Kakak2ku, Adik2ku, Isteriku dan Anak2ku yang amat2 kusayangi... kumohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang pernah aku lakukan samada secara sengaja atau pun tidak sengaja...

Kepada kaum kerabat dan sahabat2ku tidak kira dimana kalian berada... jua kumohon ampunkan segala kesalahan ku..

Moga2 kita dikekalkan iman dan sentiasa patuh kepada suruhanNYA...

Ku mohon kepadaMU Ya Allah.. agar aku masih dapat bersama2 keluarga dan sahabat2 tercinta utk menyambut Ramadhan dan Syawal ditahun hadapan buat sekali lagi. sungguh aku gembira akan suasana ini.. dan kegembiran ini tidak akan wujud jika aku tidak mengakui akan KEBESARANMUA YA ALLAH.........

21 October, 2006

Keseronokan Yang Akan Menjelma

Anak2 dan isteri ku nampak gayanya masing2 sibuk dengan persiapan nak sambut raya.. tapi aku tetap cool dan "macho".. huhhh kalau tak cool naik serabut kepala otak aku memikirkan bajet balik kampung dan beraya..

Gaji aku alhamdulillah cukup utk menampung perbelanjaan sekeluarga disamping menyelesaikan apa2 yang patut... so tak pernah aku berangan nak menikah lebih dari satu !!!

Namun hati ku jugak sebenarnya teramat2 gembira.. sengaja aku sorokkan dari pengetahuan anak2 dan isteri ku.. takut2 le depa2 tuh kata aku sonok nak beraya lak... raya tetap raya.. tapi yang paling aku seronok ialah keluarga ku akan berkumpul.. gurau senda dan pohon maaf dipagi raya yang aku selalu rindukan..

Aidil Adha yang baru2 ini aku telah kehilangan nenda tercinta.. yang telah menyahut seruan Illahi.. sedang aku masih seronok melihat telatah nenda ku mengasingkan daging2 korban utk diagihkan kepada yang layak.. begitu kuat sekali kudratnya.. disamping bercerita tentang bahagian2 dan jenis2 daging serta petua utk memasak daging..

Emak aku dah berkira2 akan juadah dihari raya... huhhh menu kali ini Nasi Dagang... udan aku dah beli pun 4 kilo.. just nak bawak balik sahaja.. disamping menu tambahan Roti Jala dan Gulai Kuzi...

Kakak sulung aku yang tinggal di Perlis pun akan balik sama.. meriah siotttt..

Tapi sebelum melangkah jauh.... ada doa2 yang perlu dibaca seperti doa keluar rumah, doa naik kenderaan dan beberapa doa yang menjadi bekalan sepanjang perjalanan..

Kat sini leh tengok jenis2 doa :- http://members.tripod.com/ahmad_awang/doa.html

Semoga keseronokan aku ini diredhai Allah dan mohon agar aku tidak tergolong dalam golongan orang2 yang melampau2 dan sesat !!!!!!!!

20 October, 2006

Esok Dah Cutiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!!!!!

Salam buat saudara2ku semua

Beberapa minit lagi akan selesailah tugasan ku buat hari ini... dah nak balik dah pun. Rezeki perlu dicari, jangan ingat nak cuti je.

Khutbah Jumaat yang syahdu telah menitiskan airmata ku. Selama ini susah utk kutitiskan kecuali apabila adanya kematian ahli keluarga terdekat.. syukur ke hadrat Illahi.. dalam aku sedikit merasa gembira utk bercuti, telah diingatkan kembali akan kekuasaanNYA.

Esok aku akan bercuti... tapi tak pasti lagi bila nak bertolak balik ke kampung halaman ku iaitu Kota Bharu, Kelantan. Akan kupastikan segalanya berjalan lancar, kenderaan perlu diperiksa... ouchhhh rumah pun nak kena letak extra kunci/mangga.. apa-apa pun doa kehadrat Illahi mesti dipanjatkan !!!

Tiada lagi gangguan kerja yang akan menimpa aku diminggu hadapan.. best tue seminggu gak lamanya.. Sebelum ni, nak lelap malam pun susah.. memanjang terima call.. sedangkan aku ni back-up je, tak pulak depa2 tuh nak call owner..

Aku kugunakan masa cuti ini utk berkunjung dan bermesra bersama ahli keluarga.. yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan !!

Dunia Baru Halatuju Hidup Ku

Salam buat semua para2 sahabat disini...

Alhamdulillah dipagi Jumaat 27 Ramadhan 1427.. aku kembali dengan yakin utk meneruskan blog aku yang telah kutinggalkan buat sekian lama..

Korang pun tahu aku sapa suatu masa dan ketika dahulu !! aku adalah sahabat korang semua.. dan sehingga ke hari ini aku masih lagi menjadi sahabat2 kalian..

Sudah hampir 8 bulan aku telah meninggal "alam" 4D yang aku bangga2kan dahulu.. ku tinggalkan semua itu bukannya setelah aku menang besar ataupun aku kalah teruk.. TETAPI aku tinggalkan semua itu setelah mendapat "seruan" dari Illahi..

Ku cari dan ku cuba tafsirkan apakah yang telah terjadi pada diri ini... aku hanyut, aku sesat dan terjebak dalam dunia yang sepatutnya bukan menjadi cara hidup aku..

Bila ku keluar dari kehidupan itu, ALHAMDULILLAH.. ALLAH YANG MAHA KAYA.. ke temui akan rakan2 baru dan kehidupan baru... dunia yang betul-betul berbeza.. apakah bezanya ???? KORANG CUBA SENDIRI, BARU KORANG DAPAT JAWAPANNYA !!!!!!!!!!

Sempena RAMADHAN yang mulia ini.. aku memohon akan kemaafan dan keampunan dari kalian semua andainya apa yang aku kongsikan bersama kalian dahulu telah menjadikan hatiku dan hati kalian bertambah "hitam" dan semakin jauh dari Allah...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin

07 February, 2006

Sekian Lama Menyepi


Salam buat teman2 terhormat

sudah lama ku menyepi... apa nak dikato... main no pun tak kena... bro bayor dah turunkan ilmu....

nak kaji lirik lagu spring sat... tersentuh jiwa dan raga... kalau ada bakul besar la sikit...


Aku menghampirimu dengan kesal
Dengan harapan
Engkau menerimaku
Dengan maaf dan kasih sayang
Demikian lama...
Tertutup mata dan minda...

Hidupku sia-sia... terabai masa...
Mujurlah pintumu terbuka luas menanti
Ke persada cintamu ingin ku daki


Rabu dah mai... selasa dah pegi.. so nak main apa la pulak hari ni... kalau diikutkan hati nak kena kaji lebih sikit "basic nos" tue...

8394
0516
2738

Abih tue nak main ke tak main ?? kepala masih dok pusing... sekian lama menyepi.. hari ni boring la pulak.. anak aku ikut org tua balik kampung.. sunyi la rasanya..

Rasanya kalau boleh nak balik gak kat kampung tue.. ishhh sedih dan pilu lak... sabo je la nice ko bukan budak2 lagi... kena carik duit.. pastu besarkan anak2 tue... berpisah sementara...


Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal

Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta

Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah

Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri


Tekadku hari ni nak kaji betul2.. harap2 lepas ni kemarau kemenangan akan berubah.. hanya pada Yang Maha Esa aku mengharap!!!! diriku hanyalah pinjaman.. akalku adalah anugerah... keupayaan adalah hakNYA.... dan yang penting PENENTUAN adalah urusanNYA...

Tak perlu kukesal akan kekalahan atau kesilapan... kerana itu hanyalah ujian buatku untuk menjadi lebih matang.. dan mengenal PENCIPTA ku.... dan aku dicipta atas urusanNYA.. dan hidup ini adalah atas ihksanNYA..

"“Wahai anak Adam ! Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nescaya akan Kupenuhi hatimu kekayaan dan Kupenuhi juga kedua tanganmu rezeki. Wahai anak Adam ! Janganlah engkau berjauhan denganKu, nanti akan Kupenuhi hatimu kemiskinan, dan Kupenuhi juga tanganmu dalam kesibukan.” (Riwayat Hakim)".

09 January, 2006

Perjalanan Yang Jauh.... Nak Balik Raya La...


Huh... keje dah selesai.. borang cuti dah isi la.. tapi bos aku awal2 lagi dah cuti...

Seronok nak balik raya... besh !! besh !!... tapi kena hati2 gak.. beringat.. padah tak mengenal siapa.. hanya pada yg Maha Esa aku mohon akan keselamatan dlm perjalanan ini.

Semua dah ready.. tunggu nak bertolak je.. rehat kena cukup.. kalau mengantuk kena tido dulu.. esok nak tumbangkan lembu... tapi ada lagi yg aku penah dengar "Korban 7 ekor kambing lebih baik dari seekor lembu".. aku tak pasti hadis mana.. tapi bagi aku, buat la apa yg termampu.. Allah Maha mengetahui nawaitu masing2..

Esok dan lusa bukan milikku... coz aku tak leh nak main.. kat kampung aku tak dak kedai ekor.. kalau black tak tahu la pulak kat mana... takpe2.. sabo.. rezki kan ada dimana2 dan tak kira waktu atau ketika !!

Semalam tension... perghh tak cukup buat u-turn... aku main pi balik je.. melepas 3rd prize... sorry la bro yg empunya no.. tak dpt la aku nak kasik komisen kat ko... apa nak dikato...

Main 6D pun belum membuahkan hasil lagi... jauhnya perjalanan ini.. bila la nak sampai destinasi.. kalau kena besar sekali nekadku terus je berhenti... hanya itu yg kucari.. setalah habis semuanya kulangsaikan... maka aku akan cari "sinar hidup ini". Akan kukembali keasal ku..

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi........

Barakallah !!!! semangat aku memuncak...!!!!!!! ayuh kwn2ku.. jika ada usaha kita maka adalah rezki buat kita... !!! ku undur buat seketika... Selamat Hari Raya Aidil Adha......

Belajarlah Untuk Berkata Cukup

Yehaaaaaa ini satu artikel yg tak kurang menarik.. just cut and paste..



Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup....."


Dipetik dari >>>> http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=4221

note ### moderator jangan la saman aku lak....... moga2 artikel ini dapat mengubah dan membuka hatiku agar menjadi org yg lebih baik... insyallah

note**** artikel asal dari "Abu Naqibah"

06 January, 2006

Kenyataan Yang Perlu DiHadapi


Bukan senang nak kena nombor... itulah kenyataan yg perlu dihadapi oleh semua yg terlibat dengan permainan 4D ini. Bro rkot dah luahkan isihati dia... bagus !! bro moga2 ada org yg akan paham.. coz ramai org yg telah dipermainkan dalam bab ini.

Tak ape le... tue ayat yg Mawi biasa pakai.. Tuhan kan tahu.. moga2 yg mempermainkan akan mendapat balasan yg sewajarnya. Depa tue ingat carik tue senang.. ishhh susah tue.. nak dpt 10 sen pun kalau bukan dengan rahmat Allah sure tak dapat punya..

Esok ada draw.. nak main apa?? rakan2 seperjuangan kat seluruh M'sia dah mula sibuk.. masing2 dah mencari tips dan klu. Aku biasa la.. baru dok belajar.. hanya menanti disuap.. kalau bagus kenyang.. kalau tak makan angin je la..

Tengok matkaya dah share ilmu dia.. petua org lama2 kita kena terima.. jgn ditolak sebarangan.. nanti rezeki tak dtg.. jangan digelak kat org nanti bernasib malang !!!! Syabas matkaya...

Bro kick mlm ni ko chai betul2... kwn kita kat seberang dah hantar test kad.. ko tgk la dia punya kod.. aku akan forward kat ko punya e-mail..

Bro Seroja... utk esok jgn lupa.. kasik la kat aku sama.. nanti aku call ko.. Bro Shid dan semakin cemerlang.. sampaikan ada org mintak no tepon dia kat aku.. ishh siapala aku ni nak kasik no tepon tue.. ingat aku keje telekom ke...

Untuk esok.. matkaya punya template jadi panduan aku.. dedaun pun dah kasik tips semalam.. + ngan aku punya.. tengok la apa yg akan jadi... kalau ada rezeki .. syukur ku panjat pada illahi.. kalau tak kena ahad cuba lagi... dah basic no tue selalunya tak banyak yg larik 4950/6172/8934 yg tue asas dia...

Tajuk yg lepas minda separuh sedar nampaknya belum mampu ku kuasai... nanti la akan ku jumpa dan kupelajari sepenuhnya suatu hari nanti.. bukan tak mau belajar tapi duit tak cukup lagi..!!!!!

04 January, 2006

Minda Separuh Sedar

Main 4D + 3D.. fuhhhh nasib baik naik.. boleh la cover modal. Nak untung bukan benda mudah.. tapi kalau dah rezeki syukur atas anugerahNYA. Mimpi ???? yupp yg pasti itu no dari mimpi.. no yg diberi dibawah pengaruh "minda separuh sedar"...

Tertarik dengan ungkapan "minda separuh sedar"... seperti yg diungkap oleh hos radio ERA -> Halim Othman... perghhhh dengar radio bebbbb... sorry lee.. dengar masa kuar lunch tengahari tadi... best !!! begitu juga yg pernah dikatakan oleh Dr Fadhilah Kamsam...

So bila kita sebenarnya "sedar" dan bila kita sebenarnya "lena".. apakah maksudnya minda bawah sedar... aku pun tak tau nak ulas... tapi akan aku praktikkan apa yg dikata..

Dalam forum 4D2U ada forummer yg penah sebut bab ini.. tapi aku tak paham.. biasa la sekolah tak tinggi mana... tapi ada gak org panggil "minda separuh sedar".. so dalam bab aku ini.. aku mimpi bapak aku beli kete baru.. siap nampak no kete tu lagi.. tapi konfius lak.. no apa.. just ingat2 je.. so naik 3D kat PMP hari ini.. itu boleh diketegorikan sebagai "minda bawah sedar" atau "minda separuh sedar".

Apakah minda sedar ???? >>>

"Minda sedar berkaitan dengan apa yang kita semua fikir, berasa dan lakukan pada setiap hari. Oleh itu, kita sedar apa yang dibuat dan amalkan, kita ketahui hasil susulan perbuatan itu dan bertanggungjawab terhadap semua aktiviti dilakukan"

Apakah minda separuh sedar ??? >>>

"Minda separuh sedar, seperti makna istilah yang digunakan bermaksud secara tidak langsung, apa-apa yang kita sedang fikir, perkara yang dihajati dan impian yang kita inginkan boleh mempengaruhi masa depan"

Jadi aku mulai saat ini dan hari ini amat2 yakin akan kegunaan "minda bawah sedar" ini.. dan akan aku gunakan sebaik mungkin untuk aku mendapat hasil dlm permainan 4D ini. Akan ku pohon dariNYA agar aku dpt menguasainya...


Aku terdengar gak bila Halim Othman sebut "delay gravitiation".. ishhh betul ke apa yg aku dengar tue.. tapi maksudnya aku paham .. just dari huraian dia... setelah kutenung dlm diri ini .. timbul persoalan.. kenapa aku tidak berjaya seperti org lain.. kenapa aku lemah .. kenapa aku susah dan bermacam2 soalan kenapa !!!.. kucari jawapannya... yg Maha Esa tidak menjadikan aku begitu... tapi aku yg menghumban diri aku kearah itu.... dan baru ku faham.. kegelojohanlah yg menjadikan aku begini.

So mulai saat ini aku akan gunakan sepenuhnya keadah "minda separuh sedar" dan "delay grativiation".. sesungguhnya ingin menikmati sesuatu bukan dari minda tetapi dari hati!!!!

Pusatkan matlamat kita dari hati barulah menuju ke minda !!!! Hari ni terbukti apa yg disebut dan dianugerahkan dari Illahi................

02 January, 2006

Special Draw Yang Pertama Di Tahun 2006

Baru melangkah tahun baru... lagi satu ujian mendatang utk esok hari. Semalam bro vistana telah membuka ilham.. apakah pula utk esok (selasa 3/1/06). Apakah ada penunjuk.. adakah akan untung atau hancur sama sekali....

Untuk rabu (4/1/06) telah ada rakan2 yg sudi berkongsi tips... thanks to u Bro Benedict... dan kuharap akan ada lagi yg sudi menolongku...

Tapi esok harus ditempuhi dahulu... ayuh.. rakan2ku alang2 bermain dengan no.. biar tak larat mengira untung... alang2 bermain nombor jangan sampai kering kantung !!!!! fuhhhh semangat ku membara.. memuncak.. berkobar2.. kalau sekolah dulu bersemangat mcm ni... tak perlulah aku berjudi di kala ini.....

Special Draw... namapun dah special.. abis tue special utk siapa >??? untuk aku ?? atau untuk tokeh nombor ekor.. kalau tak kerana untung yg banyak.. takkan la depa sanggup jadi tokeh nombor.. dan kerana mengharapkan untung la.. maka aku bermain no.. cuma siapa yg cekap dan cekal akan menang..!!!!

Esok bukan milik sesiapa.. tapi esok adalah milikNYA... hanya DIA yang mengetahui apa yg terjadi.. dan kepadaNYA aku berserah.. kalau aku menang ianya adalah anugerah dariNYA dan kalau aku kalah ianya adalah ketentuan dariNYA juga... DIA tidak pernah menyuruh aku bermain no... masih banyak pilihan lain... tapi dia juga mengetahui kenapa aku bermain nombor.. ini bukan takdir.. tapi aturanya telah tersurat.. dan siapakah yg bersalah ??? jawapannya adalah "aku" sendiri !!!!

Ilmu dan ilham adalah milikNYA.. dan aku hanya meminjam tidak sampai pun sebesar sebutir pasir dibumi ini... namun aku yakin kerana ia adalah dibawah kuasaNYA.. jadi adakah aku meramal atau menilik ??? .. aku tidak meramal.. bagi aku hanya kiraan dan pengamatan yg perlu digunakan.

Susunan kiraan adalah sama... dari 1-9.. namun harus diingat bahawa Al-Jabar lah yg mengenalkan hurul sifar "0".. maka bermainlah kita hari ini dari huruf 0 sehingga 9. Jadi hanya ada 9 nombor dan dicampur dgn sifar (0) maka akan terbentuklah susunan 4D...

Esok pilihanku seperti biasa... bukan nombor mimpi atau no terlintas didepan mata.. nombor basic yg kugunakan sejak dahulu... setiap sifu 4D tahu akan amalan ini... tanyalah pada mereka.. aku hanya menumpang apa yg mereka turunkan. Aku bukan pencipta... kerana aku tidak mempunyai kuasa hikmat untuk mencipta !!! 4389/1065/3287 bukan ciptaanku. Carilah dari yg tahu... !!!

Bro2 diforum bantulah aku... aku tidak mampu menafsir seperti kamu.. aku cuma ingin menumpang perjalananmu.. moga2 ianya mendapat pembalasan setimpal dariNYA..

hit counter
Orang Tengah Lepak Kat Sini